Tujuh krew Malindo Air dikuarantin di Zhengzhou - pakdin.my

Syarikat penerbangan, Malindo Air mengesahkan tujuh krewnya telah dikuarantin di Zhengzhou, China berikutan terdapat seorang penumpang dari wilayah Hubei yang disyaki dijangkiti koronavirus berada dalam pesawatnya.

Malindo Air berkata, krew terbabit bertugas dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou pada 24 Februari lalu akan dikuarantin sehingga 14 hari.

“Malindo Air memantau situasi itu dengan teliti dan akan menyediakan bantuan yang diperlukan kepada krew terbabit dan pihak berkuasa China bagi meminimumkan penularan koronavirus,” katanya dalam akaun Twitter.

Katanya, imbasan yang dilakukan kepada para penumpang secara proaktif dan kawalan ketat terhadap pergerakan semua penumpangnya ke dan dari China sedang dilakukan.

Tambah syarikat perbangan itu, semua penumbang warga China dari wilayah Hubei (seperti yang tertera dalam pasport) perlu mempunyai sijil perubatan yang membuktikan mereka cergas untuk terbang.

Menurut Malindo Air, penumpang yang didapati tidak cergas untuk mengembara tidak akan dibenarkan menaiki pesawat.

Para penumpang Malindo Air yang berhasrat untuk membatalkan atau mengubah rancangan perjalanan boleh melakukan demikian dengan menghubungi pasukan ‘Customer Care’ syarikat itu di talian +603-7841 5388 (antara jam 8 pagi hingga 10 malam) atau menghanatar e-mel ke alamat customer_care@malindoair.com.

UTAMABERITATujuh krew Malindo Air dikuarantin di Zhengzhou

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium