Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
24,565
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Malaysia

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
24,565
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Indonesia

Indonesia
4,198,678
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Indonesia
4,008,062
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Indonesia
140,954
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Thailand

Thailand
1,511,357
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Thailand
1,366,533
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Thailand
15,753
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Global

All countries
230,645,683
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
All countries
205,650,581
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
All countries
4,727,839
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Tujuh legenda negara dimasyhur sebagai anggota Kelab Abad FIFA

Empat legenda bola sepak negara termasuk bekas pertahanan skuad kebangsaan Datuk Soh Chin Ann yang disahkan sebagai pemain memiliki penampilan antarabangsa terbanyak, diisytihar sebagai anggota terbaharu Kelab Abad Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Perkara itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini selepas menerima pengesahan dari FIFA, menerusi kemas kini terbaharu terhadap keanggotaan Kelab Abad FIFA yang dikhaskan untuk pemain yang mencatat 100 penampilan antarabangsa ke atas.

Kemas kini terbaharu itu bermakna kini terdapat tujuh legenda bola sepak negara berada dalam senarai itu.

Tiga lagi yang menjadi anggota terbaharu dari Malaysia menyertai senarai berprestij berasaskan statistik rasmi FIFA dengan kerjasama badan mengumpul statistik melibatkan persatuan bola sepak, RSSSF itu terdiri daripada Zainal Abidin Hassan, mendiang Datuk M.Chandran dan Datuk Santokh Singh.

Chin Ann disahkan memiliki 195 penampilan di peringkat antarabangsa meskipun jumlah aksi yang dicatat oleh FAM adalah sebanyak 252, namun FIFA hanya mengiktiraf perlawanan kategori A melibatkan anak jati Melaka itu, yang kini berusia 71 tahun.

“Terima kasih FIFA dan FAM atas pengiktirafan ini. Saya berasa cukup terharu atas pengesahan rekod ini….menjadi pemain dengan jumlah penampilan paling banyak dunia adalah penghargaan tertinggi buat saya,” kata Chin Ann dipetik dalam kenyataan itu.

Jumlah penampilan Chin Ann mengatasi rekod Ahmed Hassan dari Mesir yang mengumpul 184 penampilan, Bader Al Mutawa dari Kuwait (181) dan Ahmed Mubarak dari Oman (180).

Satu-satunya pemain masih aktif yang berada dalam kelompok 10 pemain dengan penampilan terbanyak adalah ketua pasukan Portugal Cristiano Ronaldo yang mengumpul 173 penampilan sehingga Mac lepas.

Sebelum ini, tiga pemain bola sepak iaitu Datuk Abdul Shukor Salleh yang mempunyai 163 penampilan antarabangsa, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari (138) dan mendiang Datuk R. Arumugam (131) telah diberi pengiktirafan menganggotai Kelab Abad FIFA.

Sementara itu, Zainal Abidin, 58, yang menyarung jersi negara selama 17 tahun menyifatkan pengiktirafan itu sebagai satu penghormatan.

“Bukan mudah untuk diisytiharkan sebagai anggota senarai pemain yang mengumpul 100 ‘caps’ di peringkat dunia. Saya menganggap ia sebagai ganjaran kepada pengorbanan serta khidmat bakti saya sepanjang hampir dua dekad mewakili negara,” katanya.

Sementara itu, meskipun jumlah penampilan Abdul Shukor dalam catatan FAM ialah 215, beliau menganggap menjadi anggota Kelab Abad FIFA dengan jumlah rasmi 163 penampilan sebagai pengiktirafan tertinggi.

“Ia bukan sekadar statistik. Ia bukti bahawa saya antara kelompok pemain yang menyumbang bakti kepada negara,” jelasnya yang bakal menyambut ulang tahun ke-73, Disember ini.

Berikut merupakan tujuh pemain negara diiktiraf dalam Kelab Abad FIFA:

1. Datuk Soh Chin Ann – 195 penampilan

2. Datuk Abdul Shukor Salleh – 163 penampilan

3. Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari – 138 penampilan

4. Mendiang Datuk R. Arumugam – 131 penampilan

5. Zainal Abidin Hassan – 116 penampilan

6. Mendiang Datuk M. Chandran – 115 penampilan

7. Datuk Santokh Singh – 100 penampilan

— BERNAMA

 

Berkaitan