32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Tujuh Sahabat Dihukum Penjara Seumur Hidup Kerana Menculik

Gambar hiasan

Tujuh sahabat dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah menculik seorang ahli perniagaan, tiga tahun lalu.

Kesemua tertuduh V.G. Vishal, 26, Soon Yong Hwa, 21, S. Sharvin Raj, 21, V.G. Harvinther, 26, S. Richard Roy, 27, T. Kaviaraasu, 23, dan S. Jayakanthan, 29, diarah menjalani hukuman penjara itu dari tarikh mereka ditangkap pada 12 Sept 2009.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mereka didakwa melarikan dan mengurung Foo Kwai Sang, 54, bagi mendapatkan wang tebusan RM3 juta di Jalan Pulai 7, Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai, di sini pukul 3.45 petang pada 9 Sept 2009.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

Kamardin dalam penghakimannya berkata keputusan itu juga diambil setelah mengambil kira kepentingan awam dan kesalahan serius yang dilakukan oleh ketujuh-tujuh tertuduh yang meminta wang tebusan daripada keluarga mangsa.

Kesemua tertuduh dan ahli keluarga masing-masing dilihat menangis sebaik sahaja keputusan itu dibacakan oleh Kamardin.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, R.K. Menon, Sheikh Salem, K. Chandrasegaran, R. Jegathesan dan Kumar Palanisamy.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...