TUMPAT – Kerja – kerja pembersihan di tali air Kampung Pak Keral di sini membawa kepada penemuan serpihan tulang dipercayai rangka manusia, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, serpihan tulang tersebut ditemukan oleh pekerja dan juga penduduk kampung tersebut itu ketika jengkaut menggali tali air tersebut.
Menurut seorang penduduk, Fauzi Abdullah, 40, jengkaut tersebut turut mengangkat serpihan tulang bersama dengan rumput ke tebing sungai.
Katanya, ketika itu, dia bersama beberapa penduduk berada di kawasan tali air itu untuk melihat kerja-kerja pembersihan.
“Masa jengkaut mengangkat naik lumpur, rumput dan kotoran di tali air ini, kami melihat ada serpihan tulang, pada mulanya kami beranggapan itu tulang haiwan tetapi selepas diamati tulang itu seperti tangan manusia.
“Paling mencurigakan apabila berdekatan tulang itu ada korset iaitu pakaian untuk melangsingkan badan yang sering dipakai oleh wanita,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya masih membuat siasatan berhubung penemuan serpihan tulang dipercayai rangka manusia itu.
Menurutnya, pasukan forensik telah mengambil serpihan tulang-tulang tersebut di lokasi kejadian untuk mengenal pasti identiti mangsa.
“Kita akan tunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan rangka tersebut adalah tulang manusia atau sebaliknya,” katanya.
Sejak semalam orang ramai berpusu-pusu ke kawasan ini selepas tersebar penemuan rangka manusia di laman sosial.
–
Tulang dipercayai rangka manusia dalam tali air https://t.co/2x8wW9qqcH https://t.co/Kn3ktq0jMA
Tulang dipercayai rangka manusia dalam tali air – pakdin.my https://t.co/NGgiLdDr8z
Tulang dipercayai rangka manusia dalam tali air https://t.co/sgQHSwZGHC
Angah Halim liked this on Facebook.
Aca Aszrin liked this on Facebook.
Hairi Azerin liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Tulang dipercayai rangka manusia dalam tali air: TUMPAT – Kerja – kerja pembersihan di tali air Kampung Pak Ke… https://t.co/yfKKSw0b22
Rusdi Ojan liked this on Facebook.
Azlan Bpr liked this on Facebook.