Tumbuk Timbalan Menteri Pendidikan, Muhammad Rizuan Diberi Surat Tunjuk Sebab @MuhyiddinYassin - pakdin.my

darah korban

Kementerian Pelajaran juga perlu keluarkan surat tunjuk sebab atas kebebalan Timbalan Menteri dalam kes Ibadah Korban di SK Puchong Jaya dan SK PrisTana yang jelas mengguris perasaan orang Islam ketika menyambut Ibadah Kurban dan Bulan Ramadhan yang mulia.

Pekeliling Iktisas 1976 Benar Aktiviti Keagamaan Di Sekolah @PKamalanathan

korban-puchong

Surat Pekeliling Iktisas yang dikeluarkan pada tahun 1976 ada mengatakan bahawa program-program keagamaan boleh dilaksanakan di sekolah, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya pekeliling itu juga menegaskan penganjuran program-program seumpama itu perlu dilaksana dengan baik serta mengambil kira sensitiviti antara berbilang kaum.

“Bagi saya isu ini bukan soal pekeliling. Ia isu sama ada kita sensitif atau tidak sesama kita.

“Kalau kita hantar pekeliling atau tidak, ia akan berlaku jika kita tidak hormat satu sama lain,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2014 untuk Kementerian Pendidikan di persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu ibadah korban yang telah dijalankan di beberapa sekolah dan telah menimbulkan ketidakselesaan beberapa pihak pada sambutan Hari Raya Haji yang lepas.

 

Begitu juga perbuatan perkauman Kamalanathan menyebelahi ibu bapa pelajar tanpa usul periksa.

Antara Dhanyaraam Chinathamby dan P Kamalanathan, Siapa Lebih Layak Jadi Timbalan Menteri Pelajaran

Mulut didahulukan otak dikemudiankan. Hebat bercakap bukan bermakna hebat bekerja. Nak pergi siasat sebelum bercakap pun malas.

kenyataan pelajar sekolah berkenaan

Rentetan pembongkaran pembohongan yang dilakukan oleh beberapa orang penulis kaum India bahawa sebuah sekolah di mengarahkan pelajar bukan Islam makan di dalam tandas (Lihat siri 1 dan Siri 2)

Seorang jurublog dari kaum India dan seorang Timbalan Menteri Pelajaran dari kaum india mengulas.

Jurublog bernama Dhanyaraam Chinathamby menulis:

Tumbuk Timbalan Menteri Pendidikan, Muhammad Rizuan Diberi Surat Tunjuk Sebab @MuhyiddinYassin

Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi diberikan surat tunjuk sebab oleh Ibu Pejabat UMNO berikutan tindakanya menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, surat tunjuk sebab itu merupakan tindakan awal daripada pihak parti sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurutnya, UMNO memandang serius terhadap tindakan Muhamamad Rizuan selain kesal dengan insiden yang tidak sewajarnya berlaku.

“Sehubungan itu Ibu Pejabat UMNO akan mengambil tindakan terhadap beliau (Muhammad Rizuan) dan telah mengajukan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab sebelum tindakan lanjut diambil.

“UMNO juga menolak tindakan kekerasan dalam apa-apa penyelesaian masalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak terbabit terhadap Kamalanathan,” katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata, UMNO tetap berpendirian teguh untuk menyelesaikan sebarang masalah melalui mesyuarat dan perbincangan tanpa melibatkan sebarang pertelingkahan atau kekasaran yang mengundang keadaan lebih buruk.

UTAMAPOLITIKTumbuk Timbalan Menteri Pendidikan, Muhammad Rizuan Diberi Surat Tunjuk Sebab @MuhyiddinYassin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium