Statistik Corona

Malaysia
2,198,235
Confirmed
Updated on September 26, 2021 18:08 6:08 pm
Malaysia
1,989,509
Recovered
Updated on September 26, 2021 18:08 6:08 pm
Malaysia
183,289
Active
Updated on September 26, 2021 18:08 6:08 pm
Malaysia
25,437
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 18:08 6:08 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 18:08 6:08 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 18:08 6:08 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 18:08 6:08 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 18:08 6:08 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 18:08 6:08 pm

Global

All countries
232,496,960
Confirmed
Updated on September 26, 2021 18:08 6:08 pm
All countries
207,398,541
Recovered
Updated on September 26, 2021 18:08 6:08 pm
All countries
4,760,236
Deaths
Updated on September 26, 2021 18:08 6:08 pm

Tumpuan Siasatan Beralih Kepada Anak Kapal Dan Penumpang MH370

Cockpit Boeng 777 yang menyamai MH370

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata berdasarkan perkembangan terkini misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, pihak berkuasa telah mengubah tumpuan penyiasatan mereka kepada anak kapal dan penumpang pesawat itu.

Najib berkata pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan, sebab kenapa penerbangan MH370 itu menyimpang daripada laluan asalnya menuju ke Beijing, selepas disahkan bahawa pesawat yang dilihat dalam data radar utama ialah MH370.

“Sepanjang tujuh hari lepas kami telah menjejaki setiap penunjuk dan meneliti setiap kemungkinan. Kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat, kami harap maklumat baharu ini akan membawa kita lebih hampir kepada penemuan pesawat itu,” katanya dalam taklimat media di sini Sabtu.

Najib juga telah mengarahkan Kementerian Luar supaya memberikan penerangan penuh kepada kerajaan-kerajaan asing yang mempunyai penumpang di dalam pesawat berkenaan.

Najib juga mengarahkan pihak berkuasa Malaysia supaya berkongsi semua maklumat yang berkaitan secara bebas dan telus dengan pasukan penyiasatan yang lebih besar, negara-negara jiran dan rakan antarabangsa yang menyertai operasi bersama itu.

Setakat hari ini 14 negara, 43 buah kapal dan 58 pesawat terlibat dalam pencarian itu.

Beliau berkata walaupun begitu hangat spekulasi yang disebarkan, pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab terhadap penyiasatan yang dilakukan dan keluarga terlibat, untuk hanya mengeluarkan maklumat yang telah dipersetujui dan disahkan bersama.

“Dorongan utama kami sudah semestinya untuk menemui pesawat yang dicari. Sepanjang tujuh hari lepas, kami telah menjejaki setiap penunjuk dan meneliti setiap kemungkinan,” katanya.

Beliau menambah kata Malaysia Airlines telah memberitahu kaum keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu tentang perkembangan baharu ini pagi tadi.

“Kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat, kami berharap maklumat baharu ini akan membawa kita lebih hampir kepada penemuan pesawat itu. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan keperitan yang mereka lalui kini. Ingatan dan doa kita bersama mereka,” katanya.

Berkaitan