24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Tun Abdul Rahman Ya’kub meninggal dunia

Tun Abdul Rahman Yakub

KUCHING: Bekas Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya’kub meninggal dunia pada usia 87 tahun di sini, Jumaat.

Menantu lelakinya, Datuk Justine Jinggut, berkata ahli keluarga termasuk anak-anak dan cucu-cucu berada di samping beliau sewaktu menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Pakar Perubatan Normah di sini, kira-kira pukul 9.35 malam.

Rahman, yang merupakan seorang peguam terlatih menjadi Ketua Menteri Sarawak yang ketiga dari 1970 sehingga 1981.

Sebelum itu, Allahyarham merupakan Timbalan Menteri Tanah dan Perlombongan pada 1960-an dan selama setahun sebagai Menteri Pendidikan dalam Kerajaan Persekutuan sebelum kembali ke kerajaan negeri pada 1970.

Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 26 Mac 1981,  dan digantikan oleh anak saudara lelakinya, Tun Abdul Taib Mahmud yang kini dilantik Yang di-Pertua Negeri pada 2 April tahun lalu.

Allahyarham berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri selama empat tahun sehingga 2 April 1985 apabila mengundurkan diri atas faktor kesihatan.

Antara orang kenamaan yang berkesempatan menziarahi Allahyarham di pusat perubatan itu tadi ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

 

Berita Berkaitan

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

Covid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

KOTA KINABALU: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu...

PRN Sabah: Parti Cinta Sabah tanding 72 kerusi

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding 72 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...