Tun Abdul Rahman Ya'kub meninggal dunia - pakdin.my

Tun Abdul Rahman Yakub

KUCHING: Bekas Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya’kub meninggal dunia pada usia 87 tahun di sini, Jumaat.

Menantu lelakinya, Datuk Justine Jinggut, berkata ahli keluarga termasuk anak-anak dan cucu-cucu berada di samping beliau sewaktu menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Pakar Perubatan Normah di sini, kira-kira pukul 9.35 malam.

Rahman, yang merupakan seorang peguam terlatih menjadi Ketua Menteri Sarawak yang ketiga dari 1970 sehingga 1981.

Sebelum itu, Allahyarham merupakan Timbalan Menteri Tanah dan Perlombongan pada 1960-an dan selama setahun sebagai Menteri Pendidikan dalam Kerajaan Persekutuan sebelum kembali ke kerajaan negeri pada 1970.

Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 26 Mac 1981,  dan digantikan oleh anak saudara lelakinya, Tun Abdul Taib Mahmud yang kini dilantik Yang di-Pertua Negeri pada 2 April tahun lalu.

Allahyarham berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri selama empat tahun sehingga 2 April 1985 apabila mengundurkan diri atas faktor kesihatan.

Antara orang kenamaan yang berkesempatan menziarahi Allahyarham di pusat perubatan itu tadi ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

 

UTAMABERITATun Abdul Rahman Ya'kub meninggal dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium