Tun Dr Mahathir Dakwa Pernah Dihalang Keluar Kenyataan - pakdin.my

Walaupun tiada sekatan terhadap blogger, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau pernah dihalang mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu isu selama lima tahun. Semuanya kerana saman fitnah yang dikemukakan individu tertentu.

Tun Dr Mahathir Mohamad/Mantan Perdana Menteri
“Even though the government may not censor, other people might censor the bloggers, I was censored for five years, simply because I was sued for libel, in this country if you are sued for libel, and the case is before the courts, you are not allowed to comment on that matter.”
(Walaupun kerajaan tidak menyekat, orang lain akan cuba menyekat blogger, saya telah disekat selama lima tahun kerana saya disaman untuk fitnah, dalam negara ini jika anda disaman untuk fitnah, dan jika kes dibawa ke mahkamah, anda tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan dalam perkara itu.)

Katanya, beliau menjadi blogger menerusi Che Det.com kerana ia medium yang bebas untuk bersuara. Bagaimanapun, sekatan bersuara berlaku apabila pernah ada kes saman RM100 juta terhadap beliau.

Tun Dr Mahathir Mohamad/Mantan Perdana Menteri
“I was sued for RM100 million and when I won, I was awarded RM70,000, you see everybody can go to court and sue you for million ringgit, and when he loses, he only paid RM70,000 that I think it’s quite unfair, he sued me for RM100 million, he lose he should pay RM100 million.”
(Saya telah disaman RM100 juta tetapi apabila saya menang (kes), saya diberi RM70,000. Sebenarnya semua orang boleh pergi ke mahkamah dan saman untuk berjuta ringgit tetapi apabila dia kalah, dia hanya membayar saya RM70,000. Saya berpendapat ia agak tidak adil, apabila dia saman saya RM100 juta, apabila dia kalah, sepatutnya dia pun kena bayar saya RM100 juta.)

UTAMABERITATun Dr Mahathir Dakwa Pernah Dihalang Keluar Kenyataan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium