25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Tun Mahathir bidas Barat kerana memaksa negara lain menerima budaya songsang LGBT

mahathir-barat-paksa-terima-lgbt

Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas negara Barat kerana memaksa negara lain menerima budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai syarat untuk dianggap sebagai negara demokratik.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, demokrasi pada pandangan mereka waktu ini bukan setakat memilih kerajaan melalui undi majoriti tetapi juga harus menerima kebebasan tersebut.

“Bagi mereka, demokrasi mesti termasuk LGBT, maka ini adalah kelayakan tambahan untuk menjadi negara demokrasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pengajian Keamanan Global Mahathir (MGPS) di Institut Hubungan Luar dan Diplomasi di Kuala Lumpur pada Isnin..

Yang turut hadir, bekas Naib Presiden Indonesia, Yusuf Kalla.

Dr. Mahathir berkata, kelayakan tambahan tersebut kini sedang dipaksakan oleh Barat terhadap negara Islam termasuk mahu pemimpin yang menyokong kebebasan berkenaan.

“Kita boleh terima demokrasi iaitu memilih pemimpin dengan mengundi tetapi jangan memaksa kita untuk mengatakan kita bebas berjalan telanjang sebagai hak kebebasan,” katanya.

Beliau berkata, demokrasi perlu mempunyai nilai toleransi seperti diamalkan di Malaysia apabila pelbagai kaum menghormati budaya dan pandangan kaum lain.


Katanya, mungkin demokrasi adalah sistem terbaik ketika ini tetapi ia tidak boleh dipaksakan untuk diamalkan ke atas sesebuah negara.

“Masalah di dunia sekarang, negara Barat memaksa semua orang mesti menjadi demokratik dan jika tidak mereka akan dibunuh,” katanya.

Beliau berkata, negara Barat ketika ini mahu melakukan perubahan rejim terhadap negara-negara Islam agar menjadi pro-Amerika Syarikat.

“Di Syria, Malaysia dan di mana-mana negara sekali pun, Barat mahukan supaya kerajaan pro-Amerika. Kalau kita nak kerajaan pro-Amerika undilah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Mengenai pelantikan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak, Dr. Mahathir berkata, langkah tersebut sememangnya sudah dijangka sejak dahulu.

“Memanglah, dulu pun apabila Adenan berhenti menjadi menteri, kita punya pendapat ialah dia akan menjadi Ketua Menteri Sarawak dan sekarang ini sudah berlaku,” katanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...