Tun Mahathir dimalukan PM China - pakdin.my

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan  pertemuan dengan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Li Keqiang di bangunan Great Hall of the People hari ini.

Ketibaan Dr Mahathir disambut oleh Li untuk perbincangan bersama pada pukul 10 pagi.

Perdana Menteri, yang dalam lawatan itu kemudian diberi acara sambutan rasmi oleh tuan rumah China.

Sebahagian mengatakan sambutan yang diterima oleh Tun Mahathir adalah satu bentuk penghinaan kepada Pengerusi PPBM itu.

“Tidak sama sambutan yang diterima oleh Tun Mahathir berbanding yang diberikan kepada Datuk Seri Najib,” kata sumber.

Upacara menyambut Tun Mahathir hanya dilakukan secara tertutup di dalam dewan, termasuk upacara perbarisan hormat.

upacara tersebut juga dilakukan dengan ringkas dan cepat. Tidak ada kecerian di wajah di antara kedua belah pemimpin dua negara tersebut.

Berbeza sekali upacara sambutan yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak yang dilakukan hadapan bangunan utama negara China.

Upacara juga dilakukan secara terbuka dan dihadiri dengan lapisan kepimpinan dua negara yang ramai.

Pemimpin dua negara ketika itu juga amat ceria, mesra dan tidak kekok beramah mesra.

Menurut seorang netizen, Tun Carlos, Tun Mahathir juga tidak disambut dengan menggunakan kenderaan rasmi kerajaan China berbeza dengan Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini disambut dengan kenderaan rasmi negara itu.

Ada perbezaan cara sambutan yang diterima oleh Tun Mahathir dan Najib Razak yang mana jelas tampak ketegangan hubungan antara China dan Malaysia pada hari ini.

Di satu rakaman video, Perdana Menteri China dikatakan terkilan dengan cara Tun Mahathir yang kurang menunjukkan rasa hormat terhadap kepimpinan negara itu meminta sidang media yang ketika itu sedang berlangsung dihentikan.

“Tun Mahathir patut turunkan egonya. China adalah kuasa ekonomi besar nombor satu dunia dan sokongan dari negara tersebut akan meningkatkan ekonomi negara kita,” tambah sumber lagi.

Menurut sumber juga, China kurang senang dengan cara Tun Mahathir yang memfitnah negara itu mengamalkan rasuah dan pelbagai tuduhan buruk lain ketika hubungan urus niaga di antara kedua negara sedang berlangsung pada penggal yang lepas.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/X5AMk-fAox4

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/PE6_Rf1Cxks


Sumber: Al Abu Leman Blogspot

 

 

UTAMAPOLITIKTun Mahathir dimalukan PM China

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium