23.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 27, 2021

Tun Mahathir gali lubang kubur Altantuya untuk siapa sebenarnya?

Bertahun-tahun main isu 1MDB, hasut dan tipu Anina untuk saman Dato Seri Najib tapi akhirnya rakyat benci Tun Mahathir dan PH.

Pernah anda dengar Dato Seri Najib bercakap tentang orang lain tanpa fakta?

Pernah anda dengar Dato Seri Najib fitnah orang lain dengan kebencian?

Pernah anda dengar Dato Seri Najib tiru dan ejek Tun Siti Hasmah berjalan seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Datin Seri Rosmah?

Pernah Dato Seri Najib sindir Tun Mahathir membunuh mana-mana mangsa politik Tun Mahathir tanpa bukti?

Dato Seri Najib tak pernah balas dengan dendam tapi beliau hanya mengkritik pentadbiran PH hari ini dengan angka dan fakta.

Tun Mahathir masih tak puas hati guna Sarawak Report dan media antarabangsa fitnah Dato Seri Najib dan tumbangkan BN.

Tun Mahathir masih tak puas hati serbu rumah Dato Seri Najib, pecah siling rumah Tun Rahah, angkut segala barangan isteri, anak-anak dan cucu Dato Seri Najib dan hilangkan dalam simpanan polis.

Tun Mahathir masih tak puas hati dakwa Dato Seri Najib, isteri dan anak di mahkamah dengan perpuluh-puluh pertuduhan.

Tun Mahathir masih tak puas hati tipu rakyat bahawa kegagalan PH hari ini adalah kerana kononnya BN menyamun!

Tun Mahathir masih tak puas hati jual segala aset negara dan tambah hutang negara!

Tun Mahathir masih tak puas hati buang ratusan ribu kakitangan awam!

Tun Mahathir masih tak puas hati dengan segala kesengsaraan rakyat hari ini akibat penipuan dan kebodohan PH mentadbir negara!

Tun Mahathir masih tak puas hati bergaduh dengan Anuar Ibrahim, pemimpin UMNO dan pemimpin dunia lain!

Tun Mahathir masih tak puas hati dengan jawatan PM kali kedua selagi anak nya tidak menjadi PM!

Tun Mahathir masih tak puas hati kalah 4 PRK berturut-turut dan dibenam di Tanjung Piai dengan undi majoriti 15,086!

Tun Mahathir masih tak puas hati dengan usianya 94 tahun!

Gagal bawa balik Jho Lo dan saksi penting SRC dan 1MDB, kini Tun Mahathir gali lubang kubur entah untuk AlTantuya, Azilah Hadri atau untuk dirinya sendiri!

Oleh Anina Saadudin

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.