32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 28, 2021

Tun Mahathir tidak akan bubarkan parlimen

Kalau ada ahli MT yang kata Mahathir akan bubarkan Parlimen dari bagi Anwar Ibrahim jadi PM maknanya dia tidak kenal Mahathir dan tidak tahu baca senario politik.

Mahathir ini adalah manusia yang memdewakan pengiraan risiko dan tidak akan tunduk kepada tekanan kecuali kedudukan beliau terjejas.

Tidak ada sebab setelah membelanjakan beratus juta beliau akan bubarkan parlimen lebih awal dari melaksanakan peralihan kuasa kepada Anwar.

Jika bubar Parlimen dan Anwar menang beliau akan berhadapan pembalasan yang maha dahsyat. Jika BN menang juga beliau akan berhadapan pembalasan yang dahsyat.

Jadi adakah anda fikir Mahathir bodoh? Ia sama ada Mahathir kekal selama 5 tahun atau Anwar Ibrahim menggantikan beliau tahun hadapan.

Pilihan terletak di tangan ahli parlimen pembangkang, warisan, dan GPS Sarawak.

Jika Mahathir tiada pilihan beliau akan serahkan kepada Anwar secara baik kerana itu sahaja akan melembutkan hati Anwar.

Jika Anwar mendapat jawatan beliau akan membuat perubahan-perubahan pro-rakyat selama enam bulan dan bubar Parlimen untuk mandat baru.

Pada masa tersebut Anwar akan mendapat sokongan rakyat selama sepenggal lagi sebelum negara ini lingkup.

BN tunggulah lagi sepuluh tahun.

Sebab itu Pas sokong Mahathir sampai akhir penggal.

Selain isu moral, Pas sudah nampak masalah lebih besar kepada pembangkang jika Anwar menggantikan Mahathir sebelum akhir penggal.

Anwar tiada peduli negara, beliau manusia populis yang berbahaya jika ada kuasa. Beliau mempunyai kemampuan menukar persepsi rakyat dan menarik sokongan melalui kuasa yang beliau ada.

Saya tulis ini bukan hendak sokong Mahathir, cuma hendak beritahu siapa Mahathir dan bagaimana beliau bertindak.

Apa cara pun saya percaya 90% Mahathir akan menang di dunia ini kecuali dipanggil Illahi. Mati nanti antara dia dengan Allah.

Oleh Ab Jalil Backer

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.