28 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Tun Zaki Azmi Dilantik Hakim Mahkamah Kewangan Dubai

Tun Zaki Azmi

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dilantik sebagai hakim di Mahkamah Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC).

Zaki mengangkat sumpah pada 10 Disember lalu di Dubai bersama dengan Hakim Shamlan Al Sawalehi dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Roger Giles, Peguam Queen dari Australia.

Zaki ketika dihubungi berkata, ia merupakan satu penghormatan apabila dilantik oleh Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum dan mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan bagi pelantikannya.

“Saya percaya Malaysia dipilih kerana mereka mengiktiraf integriti kehakiman hakim negara.

“Insya-Allah, peranan saya ini akan membolehkan saya untuk menyumbang dan menyampaikan yang terbaik demi kepentingan khasnya buat Mahkamah DIFC khas Emirates secara amnya.”

Zaki merupakan rakyat Malaysia kedua berkhidmat di Mahkamah DIFC.


Rakyat Malaysia pertama ialah Tan Sri Siti Norma Yaakob pada 2008, selepas bersara sebagai Hakim Besar Malaya pada 2007.

Siti Norma, yang berkhidmat dengan Mahkamah DIFC sehingga tahun ini merupakan hakim wanita pertama dilantik oleh Mahkamah itu.

Menurut laman web DIFC itu, Mahkamah DIFC mengamalkan sistem kehakiman bebas di kawasan kewangan berkenaan.

Ia mengamalkan satu “sistem kehakiman undang-undang biasa yang mempunyai bidang kuasa eksklusif ke atas semua pertikaian sivil dan komersial di dalam kawasan kewangan DIFC, termasuk badan-badan dan syarikat yang berdaftar di DIFC.”

Mahkamah itu, yang mempunyai panel yang terdiri daripada hakim-hakim terkenal di peringkat perdagangan dan undang-undang sivil antarabangsa, berkhidmat untuk memastikan standard tertinggi dalam prosedur undang-undang “supaya ia memberikan kepastian, fleksibiliti dan kecekapan yang dijangkakan oleh institusi global yang beroperasi di DIFC.”

Berita Berkaitan

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan