26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Tunai manifesto dalam enam bulan? ‘Hanya jual aset’

Datuk Zaid Ibrahim mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mungkin dapat menunaikan janji manifesto dalam tempoh enam bulan.

“Enam bulan untuk penuhi manifesto? Tidak mungkin. Anda tahu, PH ini takut kepada pembuli,” tulis bekas menteri di Twitter hari ini.

“Jadi, anda tidak akan dapat IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis), kerajaan kepada rakyat, pemansuhan undang-undang keselamatan, perubahan pendidikan tinggi, dan lain lain”.

Beliau mengulas kenyataan bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin yang menyebut PH memerlukan enam bulan lagi untuk tunaikan janji pilihan raya.

“Apa yang anda akan dapat adalah lebih banyak jualan aset,” kata yang pernah berkempen untuk PH pada pilihan raya umum tahun lalu tetapi kini menjadi pengkritik kerajaan.

……………..
Rujukan:
Beri enam bulan lagi untuk PH buat kerja – Daim
http://www.utusan.com.my/berita/politik/beri-enam-bulan-lagi-untuk-ph-buat-kerja-daim-1.882562






Berita Berkaitan

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

UMNO-PAS kekal muafakat!

Mengiringi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS...

UMNO nafi keluar surat sokong Anwar jadi PM

Surat yang mulanya disebarkan melalui portal berita MalaysiaNow memperlhatkan surat tersebut dalam bentuk format...

‘UMNO diminta hantar perincian baharu kerjasama dengan PN’

UMNO sudah diminta menghantar surat rasmi memperincikan syarat baharu kerjasama politik yang mahu dituntut...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan