Tunai manifesto dalam enam bulan? ‘Hanya jual aset’ - pakdin.my

Datuk Zaid Ibrahim mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mungkin dapat menunaikan janji manifesto dalam tempoh enam bulan.

“Enam bulan untuk penuhi manifesto? Tidak mungkin. Anda tahu, PH ini takut kepada pembuli,” tulis bekas menteri di Twitter hari ini.

“Jadi, anda tidak akan dapat IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis), kerajaan kepada rakyat, pemansuhan undang-undang keselamatan, perubahan pendidikan tinggi, dan lain lain”.

Beliau mengulas kenyataan bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin yang menyebut PH memerlukan enam bulan lagi untuk tunaikan janji pilihan raya.

“Apa yang anda akan dapat adalah lebih banyak jualan aset,” kata yang pernah berkempen untuk PH pada pilihan raya umum tahun lalu tetapi kini menjadi pengkritik kerajaan.

……………..
Rujukan:
Beri enam bulan lagi untuk PH buat kerja – Daim
http://www.utusan.com.my/berita/politik/beri-enam-bulan-lagi-untuk-ph-buat-kerja-daim-1.882562

UTAMAPOLITIKTunai manifesto dalam enam bulan? ‘Hanya jual aset’

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium