Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,241,809
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Indonesia
4,085,775
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Indonesia
143,299
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

Global

All countries
245,743,769
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
All countries
221,005,404
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
All countries
4,987,115
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

Tunku Laksamana Kedah Buat Laporan Polis Mengenai Pindaan Enakmen

ALOR SETAR: Tunku Laksamana Kedah, Tunku Mansor Tunku Kassim pada Ahad membuat laporan polis berhubung langkah Dewan Undangan Negeri Kedah yang meminda satu enakmen untuk memberi kuasa penuh kepada mufti dan jawatankuasa fatwa.

“Saya buat laporan kerana rasa bimbang dengan kerajaan negeri yang meluluskan Seksyen 22A dalam yang mana seolah-olah merendahkan kewibawaan, kedaulatan dan kuasa Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Alor Setar di sini pada 9.30 pagi Ahad.

Dewan Undangan Negeri baru-baru ini meminda Seksyen 22A Enakmen Mufti dan Fatwa Negeri Kedah 2008 untuk memberikan kuasa penuh kepada mufti dan jawatankuasa fatwa berhubung agama dan orang Islam di negeri ini.

Berikutan pindaan itu, semua keputusan yang dibuat mufti dan jawatankuasa fatwa tidak perlu diwartakan dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah, sama ada syariah atau sivil.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Badan Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut, Mansor Ahmad menyangkal kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini bahawa jawatankuasa itu telah menarik balik injunksi yang difailkan untuk menghalang madrasah yang dibina pada 1909 itu daripada dirobohkan.

“Kami tidak pernah menarik balik pemohonan seperti yang Azizan katakan tetapi kami ingin nyatakan bahawa ini hanya baru permulaan di mana kami menarik permohonan lama dan akan menggantikannya dengan permohonan baru,” katanya.

Katanya Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memberi masa kepada mereka untuk memfailkan semula permohonan itu dan jawatankuasa juga telah melantik peguam.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021