Turun had usia undi ‘makan diri’ PH jika gagal tunai manifesto, kata Rara

Wakil rakyat Ketari bimbang keputusan menurunkan had usia layak mengundi kepada 18 tahun mungkin memerangkap kerajaan jika manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lalu khusus berkaitan anak muda tidak ditunaikan.

“Kalau kerajaan hari ini tidak berusaha untuk menunaikan janji-janji ini, maka usaha menurunkan had umur ini akan memakan diri PH sendiri pada pilihan raya akan datang. Jadi kerajaan perlu berkerja kuat dari sekarang,” kata Young Syefura Othman seperti dilapor Sinar Harian.

“Kalau kita lihat hari ini masih terdapat beberapa manifesto yang belum lagi ditunaikan dan contoh paling jelas berkaitan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya, dikenali sebagai Rara.

Namun, beliau menyifatkan penurunan had usia sebagai langkah tepat berikutan Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju lain yang melaksanakan perkara itu sejak zaman 80-an.

“Ini adalah hak anak muda di mana mereka berhak memilih dan menentukan masa depan negara,” katanya.

1 komen

Comments are closed.