Tutup rangkaian 3G boleh tingkatkan liputan & kualiti talian mudahalih di Malaysia - pakdin.my

Menurut inisiatif pelan JENDELA oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), syarikat telekomunikasi secara berperingkat akan mematikan liputan 3G di Malaysia menjelang hujung tahun ini. Penamatan 3G ini kelak akan dipergunakan untuk meluaskan lagi kapasiti rangkaian 4G serta 5G yang akan datang.

Bagaimanapun, masih ada pengguna yang bergantung kepada talian 3G, menjadikan ia sukar buat syarikat telekomunikasi untuk menutup 3G sepenuhnya. Tetapi penutupan rangkaian 3G sebenarnya memberi lebih banyak kebaikan, menurut analisa dalam laporan terbaru OpenSignal di Malaysia.

Masih kekal dengan 3G

Tinjauan OpenSignal mengenai pengguna 3G di Malaysia menyatakan, terdapat tiga sebab mengapa masih ada rakyat Malaysia bersambung ke rangkaian 3G sepenuhnya. Tinjauan ini diperoleh daripada data yang dikumpulkan di antara 1 April sehingga 29 Jun 2021

1. Tidak melanggan 4G

Dapatan OpenSignal menunjukkan sebanyak 81.9% pengguna yang bersambung ke 3G sahaja, sudah memiliki peranti 4G dan berada di dalam liputan 4G. Ini kerana pengguna lain di lokasi yang sama mempunyai sambungan ke 4G.

Tetapi mereka masih bersambung ke rangkaian 3G, antaranya kerana masih menggunakan kad SIM yang tidak menyokong 4G, atau masih menggunakan pelan data tanpa 4G (kerana tidak mengetahui tentang kelebihannya) atau mereka mematikan rangkaian 4G di peranti sepanjang masa.

2. Tiada peranti 4G

Sebanyak 12% pengguna pula didapati masih menggunakan peranti 3G walaupun berada di dalam kawasan liputan 4G. Ini mungkin kerana pengguna memiliki kekangan kewangan untuk bertukar ke peranti 4G, atau tidak menyedari kelebihan peranti 4G berbanding 3G.

3. Di luar liputan 4G

Hanya 5.6% pengguna yang memiliki peranti 4G tetapi bersambung sepenuh masa ke 4G, kerana masih berada di lokasi yang tiada 4G langsung. Sebagai maklumat tambahan, ada 0.5% pengguna tiada peranti 4G dan berada di luar liputan 4G, menjadikan jumlah pengguna di luar lokasi 4G kepada 6.1% sahaja.

Ini menunjukkan bahawa kurangnya liputan 4G di Malaysia, bukanlah alasan bagi kebanyakan pengguna masih menggunakan rangkaian 3G.

Kelebihan bersambung ke 4G

Dalam laporan yang sama, OpenSignal turut membentangkan laporan kelajuan yang dinikmati pengguna yang sama. Secara purata, pengguna 3G sahaja mempunyai kelajuan muat turun data 3.7Mbps, berbanding pengguna 4G dengan purata kelajuan 13.4Mbps.

Malah, pengguna 3G bersambung ke rangkaian mudah alih sekitar 90.9% sepanjang masa, berbanding pengguna 4G dengan 98.4% sepanjang masa. Ini membuktikan penggunaan peranti 4G memberi sambungan yang lebih stabil kepada pengguna berbanding 3G.

Jika spektrum 3G iaitu jalur 900MHz dan 2100MHz digunakan untuk 4G atau pun 5G kelak, ia akan memberikan pengalaman pengguna yang jauh lebih baik kerana teknologi baru dapat menggunakan spektrum dengan lebih efisien. Ia akan mmeberikan kelajuan lebih panatas, lebih kapasiti data dan menyokong lebih banyak pengguna berbanding teknologi 2G dan 3G.

Situasi menang-menang

Ringkasnya, laporan tinjauan OpenSignal yang diperoleh antara 1 April hingga 29 Jun ini menunjukkan bahawa, pengguna di Malaysia tidak banyak terkesan dengan penutupan 3G. Sebaliknya lebih cepat 3G ditutup dan dialihkan kepada 4G dan 5G, ia akan memberi lebih banyak manfaat kepada semua pengguna di Malaysia.

Syarikat telekomunikasi juga menerima manfaat dengan peralihan spektrum 3G ke 4G dan 5G menerusi perkhidmatan yang lebih baik. Jurang digital juga dapat dirapatkan apabila lebih banyak pengguna dapat menikmati rangkaian mudah alih yang lebih luas dan pantas di seluruh Malaysia. Sekaligus mendorong kepada aktiviti sosial dan ekonomi yang positif.

Laporan penuh OpenSignal ini boleh dibaca di sini.

UTAMAGAYA HIDUPTutup rangkaian 3G boleh tingkatkan liputan & kualiti talian mudahalih di Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium