Twin Otter MAS Wing terbabas di Marudi ? - pakdin.my

MARUDI: Sebuah pesawat ringan Twin Otter milik Maswing terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Marudi jam 3.50 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu tidak membabitkan kecederaan pada dua juruterbang dan empat penumpang.

Beliau berkata, pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Miri menuju Marudi terbabas ke kiri dan berhenti di kawasan berumput di tepi landasan.

“Ketika kejadian pesawat dikendalikan pembantu juruterbang namun tidak dapat dipastikan punca kejadian.

“Siasatan penuh mengenai kejadian dikendalikan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Miri,” katanya.

UTAMATwin Otter MAS Wing terbabas di Marudi ?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium