32.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

Twitter kawal penggunaan bahasa kesat

twitter-evolution

Twitter semalam mengumumkan peraturan baru mengawal penggunaan bahasa kesat dengan menekan satu punat bagi melaporkan kesalahan itu.

Ia berikutan kemarahan yang meningkat terhadap mesej ugutan dan mengandungi perkataan kesat terhadap selebriti wanita yang menjadi ahli media sosial itu.

Dengan menekan punat itu, ahli Twitter tidak perlu melaporkan salah laku kepada pusat bantuannya yang memerlukan mereka mengisi borang aduan.

Tambah petugas

Twitter juga berjanji menambah petugas untuk menyekat sebarang penggunaan mesej berunsur negatif itu.

Ketika menerangkan perkara itu, Pengurus Besarnya, Tony Wang, turut meminta maaf kepada mangsa yang menerima mesej kesat di media sosial berkenaan.

“Apa yang mereka hadapi tidak boleh diterima. Jika orang ramai tidak menerimanya, ia juga tidak boleh diterima bagi pengguna Twitter.

“Kami akan ambil lebih banyak langkah melindung pengguna daripada salah laku itu. Itu komitmen kami,” katanya.

Isu itu mendapat perhatian selepas beberapa wanita mendedahkan bagaimana mereka menerima mesej berunsur ancaman dan kata-kata kesat di Twitter.






Berita Berkaitan

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil...

Mcphee mahu tebus kekecewaan di Aragon

Pelumba Petronas Sprinta Racing John McPhee menyasarkan kedudukan podium pada dua perlumbaan berturut-turut iaitu...

[Video] Jaring gol tunggal perlawanan, Luqman syukur bantu KV Kortrijk menang

Pemain muda bola sepak negara Luqman Hakim Shamsudin bersyukur selepas berjaya menjaringkan gol tunggal...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan