26.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

TYT Sarawak, Pembangkang Double Standard – Fadillah Yusof

taib-mahmud-tyt

Ketua Pemuda Parti Pusaka Bumi Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap pembangkang yang tidak konsisten berhubung prinsip yang kononnya diperjuangkan. Beliau mengulas tindakan DAP Sarawak yang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kucing bagi menghalang cadangan perlantikan Tan Sri Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Beliau menegaskan tindakan pembangkang itu sebenarnya cuba untuk menindakkan kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan negara. Fadillah turut mempersoalkan tindakan tersebut yang cuba memberikan gambaran, bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh didesak untuk melakukan apa-apa tindakan yang berada di bawah bidang kuasa Baginda.

“Sekiranya mereka mendakwa YAB Pehin Seri (Taib Mahmud) tidak layak menjadi Tuan Yang Terutama (Sarawak) disebabkan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa atau sebagainya.

“Saya ingin bertanya kepada mereka, adakah terdapat sebarang tindakan mahkamah yang dikenakan ke atasnya? Sedangkan semua dakwaan tersebut langsung tidak dibuktikan, Sedangkan sebagai seorang peguam, ketua DAP Sarawak itu sepatutnya tahu akan undang-undang. Seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah, sehingga disabitkan oleh mahkamah,” katanya.

Fadillah turut mempersoalkan, sekiranya pembangkang ingin memperjuangkan asas dan prinsip tersebut, mengapa mereka tetap menyokong Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim?

“Sekiranya benar, mereka (pembangkang) konsisten atas prinsip tersebut, mengapakah mereka menyokong Anwar untuk bertanding di Kajang, di masa yang sama turut membayangkan hasrat untuk menjadi Menteri Besar Selangor? Malah mereka yang mendakwa kononnya berpegang kepada prinsip ini, turut menyatakan sokongan terhadap individu yang sama sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

“Persoalannya apakah Anwar layak menjadi seorang Menteri Besar? Mengapa mereka langsung tidak mempersoalkan isu tersebut? Sedangkan dia pernah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, dan yang paling penting masih ada kes yang sedang berjalan terhadapnya.

“Mengapa ia tidak dipersoalkan? Sebab itu saya tegaskan isu ini sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik dan jelas membuktikan wujudnya ‘double standard’ di kalangan pembangkang,” ujar beliau lagi.

Selain Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, Lim Guan Eng turut pernah disabitkan oleh mahkamah dan diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 18 bulan atas kesalahan menerbitkan berita palsu dan menghasut.

Namun disebabkan sokongan dan pengaruh bapanya yang merupakan Pengerusi DAP Pusat, Lim Kit Siang (pada ketika itu), Guan Eng kembali aktif di dalam politik parti yang kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Agung dan seterusnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...