Statistik Corona

Malaysia
2,209,194
Confirmed
Updated on September 28, 2021 14:11 2:11 pm
Malaysia
2,005,939
Recovered
Updated on September 28, 2021 14:11 2:11 pm
Malaysia
177,560
Active
Updated on September 28, 2021 14:11 2:11 pm
Malaysia
25,695
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,211,460
Confirmed
Updated on September 28, 2021 14:11 2:11 pm
Indonesia
4,031,099
Recovered
Updated on September 28, 2021 14:11 2:11 pm
Indonesia
141,709
Deaths
Updated on September 28, 2021 14:11 2:11 pm

Thailand

Thailand
1,581,415
Confirmed
Updated on September 28, 2021 14:11 2:11 pm
Thailand
1,448,206
Recovered
Updated on September 28, 2021 14:11 2:11 pm
Thailand
16,498
Deaths
Updated on September 28, 2021 14:11 2:11 pm

Global

All countries
233,226,879
Confirmed
Updated on September 28, 2021 14:11 2:11 pm
All countries
208,277,705
Recovered
Updated on September 28, 2021 14:11 2:11 pm
All countries
4,772,432
Deaths
Updated on September 28, 2021 14:11 2:11 pm

U Mobile mahu lancar pelan jalur lebar tetap tahun ini?

U Mobile adalah satu nama yang dikenali sebagai penyedia talian mudah alih dengan pelan yang lebih murah daripada yang lain. Tetapi mereka mungkin bersedia untuk menggegarkan lagi dunia telekomunikasi Malaysia tidak lama lagi.

Dalam carian pekerjaan di laman Jobstreet, U Mobile telah menyenaraikan banyak peluang pekerjaan di dalam syarikat tersebut. Kami menerima maklumat bahawa U Mobile kini mencari pekerja untuk mengisi jawatan sebagai Manager dan Senior Manager, Product Marketing untuk Fibre Broadband.

Jika diterjemahkan, ia bermaksud jawatan Pengurus dan Pengurus Kanan pemasaran bagi jalur lebar tetap. Buat masa ini, U Mobile belum pernah menawarkan perkhidmatan jalur lebar tetap. Tidak seperti Maxis, Celcom dan Digi yang telah melakukannya sejak sekian lama.

Ini memberi petunjuk bahawa U Mobile mungkin akan melancarkan produk berkaitan jalur lebar tetap di Malaysia tidak lama lagi. Tetapi mungkinkah sempat untuk pelancarannya tahun ini, memandangkan mereka memuat naik tawaran kerja ini pada 5 Julai. Selepas mengisi jawatan ini dan mesyuarat demi mesyuarat, masa yang diambil mungkin tidak mencukupi untuk pelancaran tahun ini.

Tetapi apa yang menarik jika U Mobile menawarkan pelan jalur lebar tetap adalah tawaran dan harganya. U Mobile sebelum ini sering menjadi syarikat telekomunikasi pertama membawa pelan baru yang tidak pernah kelihatan sebelum ini. Seperti data khas untuk strim video, pelan tanpa had, serta harga pelan yang lebih murah dari penyedia perkhidmatan lain.

Walaupun rata-rata kita melihat Celcom, Digi dan Maxis menyediakan pelan jalur lebar tetap yang lebih murah daripada Unifi, tetapi ia pelan yang kelihatan tiada kelainan dengan beza harga sedikit. Jadi dengan kemasukan U Mobile, diharapkan ia akan menggegarkan arena jalur lebar tetap di Malaysia nanti.

Liputan sering menjadi masalah untuk jalur lebar tetap. Tetapi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan membuka infrastruktur fiber mereka untuk kegunaan lain, dijangka U Mobile akan turut menggunakan kemudahan Telekom Malaysia (TM) dan juga Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pendek kata, di mana ada Unifi, berkemungkinan di situ juga jalur lebar tetap U Mobile boleh didapati.

Tetapi semua ini masih spekulasi daripada kami. Kita perlu menunggu pengumuran rasmi U Mobile untuk mengesahkan perkara ini kelak.

Berkaitan