Ubah Kerajaan Negeri Selangor, Kekalkan BN Di Putrajaya – @NajibRazak

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

新冠确诊添5304宗雪隆占46%

截至今午12时,我国新冠病毒单日新增确诊病例持续下降,报5304宗。

najib-walkabout-klang-2KLANG  — Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Ahad meminta rakyat Selangor supaya mengubah kepimpinan kerajaan negeri Selangor kepada Barisan Nasional (BN) selain mengekalkannya sebagai kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Jangan ubah kerajaan Persekutuan, ubah kerajaan negeri (Selangor). Kita ubah (kerajaan) di Selangor, kekalkan BN di Putrajaya,” katanya semasa berucap pada Himpunan Rakyat Pesta Ponggal 2013 di Padang Cetti di sini, Ahad.

Beliau berkata jika pembangkang mengajak rakyat mengubah kerajaan, rakyat Selangor telah pun berbuat demikian dengan memilih kepimpinan pakatan pembangkang sebelum ini.

najib-walkabout-klang-1Namun, beliau meminta rakyat Selangor untuk menilai sama ada pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang itu benar-benar boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi mereka termasuk masyarakat India di negeri ini.

Perkara itu ketara apabila kerajaan pakatan pembangikang gagal menyelesaikan banyak masalah di Selangor seperti bekalan air bersih dan kutipan sampah selain tidak mengotakan banyak janjinya dalam Manifesto Pilihan Raya 2008.

Beliau berkata antara janji yang tidak ditunaikan Kerajaan Negeri Selangor ialah pemberian elaun kepada ibu tunggal.

“Pembangkang di Selangor kata nak buat macam-macam untuk Sekolah Tamil tapi ‘elek’ (tiada). Saya boleh sebutkan satu persatu Sekolah Tamil yang kita bantu,” katanya.

najib-walkabout-klang-3.jpSelain Sekolah Tamil, Mohd Najib berkata kerajaan juga membantu badan bukan kerajaan (NGO) India seperti Sri Murugan Centre (SMC) meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan masyarakat India.

Perdana Menteri berkata sudah lebih empat tahun rakyat Selangor tertipu dengan janji manifesto pakatan pembangkang dan beliau melabelkan janji pembangkang sebagai “Janji Kampung Buah Pala” sempena sebuah kampung di Pulau Pinang, di mana kerajaan pembangkang gagal mengotakan janjinya untuk memastikan ia tidak diambil pemaju.

“Kita jangan kena tipu, kita boleh kena tipu sekali tetapi jangan berkali-kali. Jangan nak merendahkan intelek kaum India untuk berfikir,” katanya.

Najib berkata jika BN diberi mandat mentadbir negeri Selangor, kerajaan pimpinan BN akan memastikan negeri ini lebih hebat, maju dan berjaya.

Perdana Menteri juga berkata sepanjang empat tahun lepas, BN telah banyak membantu kaum India seperti bantuan kepada sekolah-sekolah Tamil, skim mikro-kredit dan peningkatan kemasukan pelajar-pelajar India ke matrikulasi.

Walaupun pendekatan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat termasuk kaum India sudah berubah, Najib berkata beliau tidak boleh mengatakan masalah itu telah selesai.

“Ia bagaikan sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di mana rangka-rangkanya telah dibangunkan, cuma kerajaan memerlukan mandat dari rakyat bagi menyiapkan rumah itu sehingga tercapai Wawasan 2020 di mana Malaysia akan berstatus negara maju berpendapatan tinggi,” katanya.

Beliau memberi jaminan jika kekayaan negara meningkat, ia akan diagih-agihkan kepada rakyat.

Najib juga berkata menerusi program turun padangnya di Pasar Jawa di sini, beliau dapat menyaksikan usaha BN selama 55 tahun memerintah di mana setiap kaum berpeluang mencari rezeki dengan adanya sokongan kerajaan.

Dengan kaum India cenderung menceburi bidang profesional seperti doktor, peguam dan jurutera, beliau berharap golongan India kelas pertengahan akan turut maju selain kerajaan akan membantu pekerja-pekerja India di ladang-ladang.

“Sebab itu kerajaan melakukan transformasi dari aspek penyampaian, sosio dan politik. Dalam empat tahun lepas, Malaysia menjadi sebuah negara hebat daripada segi kemajuan,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan memberi perhatian kepada semua kaum dan berusaha menunaikan janji-janjinya.

Berbanding pakatan pembangkang, beliau berkata BN menunaikan tanggungjawabnya dengan mengotakan janji yang boleh ditepati dan berusaha meningkatkan perbendaharaan negara untuk mendapatkan mandat rakyat.

Najib berkata BN juga memerlukan lebih masa untuk mencapai Wawasan 2020 selain sokongan rakyat menerusi gagasan 1Malaysia dan ‘nambikei’ iaitu konsep saling percaya mempercayai dan yakin di antara satu sama lain yang diamalkan oleh kaum India.

Perdana Menteri juga berkata kehadirannya bersama-sama para pemimpin parti komponen BN pada perayaan Ponggal itu menunjukkan BN amat peka dan prihatin terhadap semua rakyat pelbagai kaum.

“Jika kita hadir majlis seperti Ponggal, kita akan lebih faham, kita akan rasa aspirasi, sensitiviti, setiap kaum, agama, keturunan, komuniti besar atau kecil yang ada di Malaysia,” katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim, Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay, dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas.

Ubah kepemimpinan kerajaan negeri Selangor kepada Barisan Nasional dan kekalkan kerajaan persekutuan sedia ada di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, dengan mandat yang besar, Barisan Nasional akan membawa manfaat lebih besar kepada rakyat, apabila Malaysia mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
“Kita berazam jika diberi mandat yang baru kerajaan di Selangor dengan sokongan BN di Putrajaya akan pastikan Selangor lebih hebat lebih berjaya lagi”.

Berucap pada Pesta Ponggal di Klang siang tadi, Datuk Seri Mohd Najib berkata dengan dengan semangat nambikay atau saling percaya dan menyakini, Barisan Nasional berjaya menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat India di Selangor.

BACA juga:

Leave a Reply