Ubah persepsi terhadap 1MDB - pakdin.my

1mdb-arul-kanda-debat

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengalu-alukan keputusan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy untuk mengadakan debat terbuka tanpa sebarang syarat dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Prof. Datuk Dr. Mohd. Zainul Fithri berkata, perdebatan tersebut mampu merungkai pelbagai masalah serta mengubah persepsi buruk yang dimainkan oleh pihak pembangkang khususnya Tony terhadap 1MDB selama ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya yakin pihak pembangkang seperti DAP tidak akan menerima apa juga penjelasan daripada 1MDB walaupun secara fakta.

“Adakah perdebatan yang dimahukan oleh pihak DAP ini ingin mencari penyelesaian atau mahu memburukkan lagi keadaan. Jika perdebatan hanya dilakukan untuk memenuhi nafsu serakah DAP, saya rasa ia adalah satu perkara yang membuang masa.

“Malah, Tony kalau benar-benar profesional dalam tindakan serta pandangan perlu menerima penjelasan dengan hati terbuka dan membawa bukti yang kukuh atas segala tuduhan yang dilakukannya,” katanya ketika dihubungi di sini.

UTAMAEDITORIAL1MDBUbah persepsi terhadap 1MDB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium