Ubah Suai Sistem Audio Antara Punca Kenderaan Terbakar – Bomba

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

exora-terbakar
Gambar hiasan

Kegagalan fungsi pendawaian sistem audio yang diubah suai merupakan antara punca kenderaan terbakar, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang berkata, dua lagi punca adalah apabila berlaku kemalangan dan perbuatan khianat.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya tidak menemukan sebarang bukti bahawa kenderaan terbakar akibat tangki diisi penuh dengan bahan api.

“Kami juga tidak mendapati sebarang kes (di Johor) yang menunjukkan minyak yang penuh di dalam tangki boleh menyebabkan kenderaan terbakar secara tiba-tiba walaupun ketika cuaca panas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Mohd Rizal berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran mesej menerusi telefon pintar yang mendakwa kebakaran kepada kenderaan boleh berlaku jika tangki minyak diisi penuh.

Beliau berkata, bagi tempoh sepanjang tahun lalu sehingga Jumaat, sebanyak 610 kes kenderaan terbakar dicatatkan di Johor, namun tiada satu pun daripada kes itu didapati berpunca daripada tindakan mengisi minyak sehingga penuh tangki.

Mohd Rizal berkata, pengguna perlu berhati-hati ketika membuat pengubahsuaian pendawaian sistem audio dan sistem lain pada kenderaan kerana kegagalan fungsinya boleh menyebabkan percikan api, yang selalu menjadi punca kebanyakan kes kenderaan terbakar.

Beliau bagaimanapun berkata, kajian terperinci melibatkan semua pihak berkaitan perlu diadakan berhubung dakwaan tangki minyak kenderaan yang diisi penuh dengan bahan api boleh menyebabkan kebakaran.

BACA juga:

Leave a Reply