27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 2, 2021

Ubat gout mampu ubati COVID-19?

MONTREAL: Ujian klinikal di Kanada menunjukkan ubat antri-radang, colchicine yang biasa digunakan bagi rawatan gout boleh mengurangkan risiko komplikasi dan kematian akibat COVID-19.

Dapatan daripada ujian klinikal itu sekali gus memberi ‘harapan penting’ kepada pesakit yang dijangkiti virus berkenaan, kata pengkaji semalam.

Pengarah Institut Jantung Montreal (ICM), Jean-Claude Tardif, yang mengetuai kajian yang digelar ‘Colcorona’ berkata keputusan awal kajian itu diperoleh pada petang Jumaat lalu.

“Keputusan penuh kajian ini akan diumumkan kepada orang ramai secepat mungkin,” katanya kepada AFP.

Soalan: Apa kesimpulan utama kajian anda, yang dilakukan terhadap 4,488 pesakit di seluruh dunia sejak Mac 2020?

Jawapan: Kajian Colcorona menunjukkan keputusan meyakinkan dengan lebih 20 peratus pengurangan rawatan di hospital atau kematian berkaitan COVID-19 dengan colchicine, berbanding placebo… Apabila berdepan dengan pesakit yang terbukti didiagnosis dengan COVID-19, keputusan dengan colchicine adalah lebih baik iaitu pengurangan 25 peratus kemasukan ke hospital, 50 peratus keperluan ventilator dan 44 peratus kematian.

Hipotesis kajian ini adalah sebab mengapa pesakit mengalami komplikasi dari COVID-19 ekoran keradangan berlebihan yang mempengaruhi sel darah putih pesakit. Hasrat kami adalah dengan menggunakan ubat seperti colchicine ini ia dapat mengurangkan reaksi keradangan berlebihan yang dikenali ‘cytokine storms’ yang mampu mencegah komplikasi.

Soalan: Kenapa anda fikir keputusan ini adalah penting di peringkat global untuk menentang pandemik ini.

Jawapan: Colchicine adalah ubat anti radang yang kuat yang dikenalpasti sejak sekian lama iaitu 150 tahun lalu. Ia diekstrak dari satu tumbuhan yang dipanggil Colchicum autumnale dan digunakan untuk merawat banyak jenis penyakit seperti gout, radang artritis dan perikarditis.

Keputusan itu menakjubkan kerana colchicine sudah terdapat di farmasi, selamat digunakan dan tidak mahal untuk kebanyakan penyakit. Penemuan ini bukan hanya berguna di Perancis, Kanada, Amerika Syarikat atau negara G8 tetapi di negara-negara membangun, negara miskin, Afrika, Asia yang mendapat manfaat dengan cepat daripada ubat yang tidak mahal. Ia boleh diambil secara oral melalui tablet.

Keputusan ini juga memberi harapan kepada pesakit, sistem penjagaan kesihatan dan kerajaan. Akhir sekali kami menyediakan penyelesaian yang ketara terhadap pengurangan rawatan dan kesesakan di hospital.

Soalan: Saintis ketika ini menunggu keputusan penuh kajian, bila anda merancang mahu menerbitkannya.

Jawapan: Kami sudah menyerahkan manuskrip kepada journal sainstifik utama hari ini (Ahad). Kami sendiri tidak boleh jangka mengenai tarikh penerbitan dan akan berkongsi keputusan secepat mungkin. Kami yakin keputusan yang diperoleh aalah konklusif, meyakinkan dan boleh digunakan secepat mungkin untuk dimanfaatkan pesakit.

Pasti akan ada penilaian segera oleh agensi pengawal selia, Agensi Perubatan Eropah (EMA), Health Canada di Kanada, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) di Amerika Syarikat (AS) yang akan menilai data itu.

Sekarang ini, kami fikir doktor tidak perlu menunggu penilaian pengawal selia oleh agensi-agensi…doktor, pengamal perubatan akan boleh memberikan preskripsi secepat mungkin kerana ia mudah didapati. – AFP

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.