UBER: Rebat RM4,000 beli Proton Iriz untuk tambah pendapatan #Bajet2017 - pakdin.my

Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan bajet petang tadi berkata kerajaan mengalakkan penyertaan golongan B40 dalam industri perkongsian kenderaan seperti Uber, terutamanya bagi pemilik kenderaan sendiri.

“Bagi membantu B40 khususnya penerima BR1M menjana pendapatan tambahan, Kerajaan menggalakkan penyertaan mereka sebagai pemandu ride-sharing seperti pemandu UBER, terutama bagi pemilik kenderaan sendiri.”

“Pendapatan boleh mencecah 1,500 ringgit sebulan sekiranya memandu separuh masa antara 10 hingga 40 jam seminggu dan 4,300 ringgit sekiranya melebihi 40 jam seminggu”

“Bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan BR1M dan rebat sebanyak 4 ribu ringgit bagi pembelian kereta Proton Iriz” umum Najib, dalam belanjawan yang bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh’.

Sementara itu, Uber melahirkan rasa “seronok” kerana dapat bekerjasama dengan Proton.

“Ini langkah yang pertama seumpamanya di Dunia. Sepertimana Uber peneroka utama industri perkongsian kenderaan, Proton juga peneroka industri automotif di Malaysia.”

UTAMAEKONOMIUBER: Rebat RM4,000 beli Proton Iriz untuk tambah pendapatan #Bajet2017

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium