31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

Ucapan Penuh Pengerusi PSC Di Dewan Rakyat

Datuk Dr James Ongkili

UCAPAN PENGERUSI JAWATANKUASA MERANGKAP  MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MENGENAI LAPORAN JAWATANKUASA PILIHAN KHAS BERHUBUNG DENGAN PENAMBAHBAIKAN PROSES PILIHAN RAYA DEWAN RAKYAT, 3 APRIL 2012

Tuan Yang Di Pertua

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 3hb. Oktober 2011, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan  Proses Pilihan Raya dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR. 1 Tahun 2012 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”

Tuan Yang Di Pertua,

Jawatankuasa dan Terma Rujukan

Sukacita dimaklumkan bahawa;

1.    Dewan Rakyat pada hari Isnin, 3 Oktober 2011 telah meluluskan Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah Peraturan 81 (1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang mencadangkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan  Proses Pilihan Raya dilantik bagi mengkaji perkara-perkara berkaitan proses pilihanraya Malaysia. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh sembilan (9) Ahli Dewan Rakyat dianggotai oleh lima (5) Ahli daripada Barisan Nasional (termasuk Pengerusi), tiga (3) Ahli daripada Pembangkang dan satu (1) Ahli Bebas.

2.    Tempoh masa pelantikan Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut adalah selama enam (6) bulan. Tumpuan tugas Jawatankuasa ini ialah mengkaji perkara-perkara yang akan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengkaji proses Pilihan Raya yang bebas dan adil.

Tuan Yang Di Pertua,

3.    Sukacita dilaporkan bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut telah bermesyuarat sebanyak tiga belas (13) kali semenjak penubuhannya  iaitu:

i)    Mesyuarat pertama pada 12 Oktober 2011
ii)    Mesyuarat kedua pada 1 November 2011
iii)    Mesyuarat ketiga pada 2 November 2011
iv)    Mesyuarat keempat pada 10 November 2011
v)    Mesyuarat kelima pada 16 November 2011
vi)    Mesyuarat keenam pada 29 Disember 2011
vii)    Mesyuarat ketujuh pada 8 Februari  2012
viii)    Mesyuarat kelapan pada 6 Mac 2012
ix)    Mesyuarat kesembilan pada 14 Mac 12012
x)    Mesyuarat kesepuluh pada 20 Mac 2012
xi)    Mesyuarat kesebelas pada 22 Mac 2012
xii)    Mesyuarat keduabelas pada 27 Mac  2012
xiii)    Mesyuarat ketigabelas pada 28 Mac  2012

Pendekatan Tugas Kerja

4.   Cara pendekatan oleh Jawatankuasa kuasa untuk memenuhi dan menunaikan Terma Rujukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i)    Menerima cadangan dan input-input dari Ahli-ahli Jawatankuasa;
ii)    Menerima cadangan and syor-syor  dari pihak awam melalui emel dan surat menyurat yang dialamatkan kepada Parlimen; dan
iii)    Melalui Sesi Pendengaran Awam.

5.    Sebanyak enam (6) sesi pendengaran awam telah dikendalikan oleh Jawatankuasa dan sejumlah 106 Persatuan / Pertubuhan berdaftar serta individu telah membentangkan pandangan dan cadangan di hadapan Jawatankuasa.

Penubuhan Jawatankuasa Kecil

6.   Untuk meneliti cadangan dan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh semua pihak sebanyak lima (5) Jawatankuasa Kecil telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh dua (2) orang Ahli Jawatankuasa seperti berikut:

i)    Meneliti Undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan Pilihanraya Malaysia
a) YB Kangar – YB Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad
b) YB Wangsa Maju – YB Wee Choo Keong

ii)    Mengkaji Proses Pilihanraya
a) YB Gombak – YB Tuan Mohamad Azmin Ali
b) YB Ulu Selangor – Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan

iii)    Usaha untuk menambahbaik daftar pemilih
a) YB Kota Marudu – YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus      Johnity Ongkili
b) YB Rasah – YB Tuan Loke Siew Fook

iv)    Memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
a) YB Alor Gajah – YB  Tan Sri Dr. Fong Chan Ong
b) YB Kuala Krai – Dr. Hatta Ramli

v)    Mengkaji sistem alternatif lain dalam mengadakan pilihanraya
a) YB Wangsa Maju  – YB Tuan Wee Choo Keong
b) YB Kapit – YB  Datuk Alexander Nanti Linggi

Tuan Yang Di Pertua,

7.    Dalam laporan Jawatankuasa yang dibentangkan mengandungi salinan memorandum pihak-pihak yang telah mengambil bahagian serta penyata rasmi penyampai dan perbincangan dalam sesi pendengaran awam yang disertakan dengan laporan ini sebagai lampiran.

i.     Memorandum dari pihak awam;
ii.    Penyata hansard;
iii.    Ulasan agensi-agensi berkaitan terhadap cadangan-cadangan diterima     serta laporan penelitian  awal jawatankuasa kecil; dan
iv.    Penyata rasmi 13 mesyuarat.

8.    Perkara-perkara yang dilaporkan untuk diangkat sebagai pertimbangan Dewan Yang Mulia ini adalah perkara-perkara yang dikenalpasti sebagai perkara pokok penting, dan boleh dilaksanakan dalam jangka pendek dan jangka panjang oleh SPR dan badan-badan  serta agensi-agensi  yang berkaitan.

Tuan Yang di Pertua,

Rumusan Jawatankuasa

9.    Setelah Jawatankuasa menjalankan tugas selama enam (6) bulan  dan mengadakan sebanyak tiga belas  (13 ) mesyuarat dan enam  (6) sesi pendengaran awam, serta mengadakan lawatan kerja  untuk tujuan mendapat pendedahan  dan meneliti sistem pilihanraya negara maju di  United Kingdom, Germany dan Denmark, dengan ini  membentang syor-syor melalui laporan akhir jawatankuasa  ini.

10.    Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejumlah lebih dua ratus  (200) cadangan dan idea-idea baik telah dikemukakan oleh pihak awam untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa sebagai penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihanraya negara. Perkara-perkara yang diangkat dan dimasukkan  dalam laporan akhir  ini adalah cadangan dan syor-syor yang dipersetujui melalui sebulat suara dan proses belah bagian.

11.    Sebanyak dua puluh dua (22) perkara-perkara utama adalah diangkat melalui laporan akhir Jawatankuasa demi menambahbaik sistem dan proses pilihan raya negara untuk pertimbangan  Dewan Yang Mulia ini.

Tuan Yang Di Pertua,

12.    Saya dengan ini merumuskan syor-syor utama seperti berikut mengikut susunan:

i.    Meniliti Undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan     Pilihan  Raya Malaysia
ii.    Mengkaji proses pilihan raya
iii.    Usaha untuk menambah baik daftar pemilih
iv.    Memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
v.    Mengkaji sistem alternatif lain dalam mengadakan pilihan raya

13.    Untuk memaklumkan Dewan Yang Mulia ini, lapan belas (18) syor-syor telah dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli-ahli Yang Berhormat dan empat (4) syor-syor  telah di persetujui dengan secara majoriti melalui proses undian.
14.    Maklumat terperinci mengenai proses memuktamadkan syor-syor Jawatankuasa terkandung dalam Bahagian VI  laporan Jawatankuasa.

PANDANGAN DAN SYOR-SYOR JAWATANKUASA

PERUNDANGAN DAN PINDAAN PERATURAN

15.    Di bawah tajuk penambahbaikan dari segi perundangan dan pindaan peraturan, Jawatankuasa memuktamadkan tujuh (7)  syor seperti berikut:

15.1    MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA     DILUAR     NEGARA SAMA ADA MENGUNDI DI     PERWAKILAN ATAU SECARA     POS

15.1.1    Jawatankuasa menyusul cadangan dalam laporan Interim untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar Negara sama ada mengundi awal di perwakilan Malaysia atau mengundi secara     pos.

15.1.2    Jawatankuasa mengambil maklum syarat-syarat yang dicadangkan oleh SPR seperti  berikut:
(a)    Telah mendaftar sebagai pemilih; dan
(b)    Hendaklah balik ke Malaysia sekurang kurangnya sekali dalam tempoh (5) tahun terdahulu sehingga pada tarikh memohon     untuk  mengundi sebagai pengundi pos.

15.1.3    Jawatankuasa mengesyorkan SPR berbincang dengan pihak-pihak      berkuasa terlibat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan ini     diterima oleh Dewan Rakyat bagi mmembolehkan syarat-syarat tersebut dikuatkuasakan melalui penggubalan kerangka undang-    undang yang berkaitan.

15.1.4    Jawatankuasa mangambil maklum cadangan ini juga akan     melibatkan pindaan pada seksyen 16 Akta Pilihan Raya 1958, Akta     Kesalahan Pilihan Raya 1954, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya     (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya     (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya     (Pengundian Pos) 2003.

15.1.5    Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji suatu kaedah lain yang melibatkan penghantaran kertas undi melalui pos terus kepada pengundi di luar Negara dan penghantaran balik kertas undi itu dibuat melalui pejabat Perwakilan Malaysia untuk dihantar     terus ke Ibu Pejabat SPR bagi proses pengiraan undi dan proses     seterusnya.

15.2    MEMBERI KEMUDAHAN MENGUNDI SECARA POS     KEPADA     PETUGAS SPR DAN MEDIA

1
2
15.2.1    Jawatankuasa mengesyorkan petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
15.2.2    Jawatankuasa mengesyorkan SPR melantik lebih petugas     pilihanraya daripada tempat mereka mengundi supaya dapat     mengurangkan bilangan petugas yang perlu mengundi secara pos.

Ahli-ahli Pembangkang dalam Jawatankuasa TIDAK SETUJU dengan syor ini. Mereka mencadangkan supaya petugas SPR dan media diberikan kemudahan mengundi awal.

15.3    PENGUNDI LUAR KAWASAN

15.3.1    Jawatankuasa menyusuli syor dalam laporan Jawatankuasa     (DR.3/2011) supaya SPR menyediakan kemudahan kepada     pengundi-pengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya     terutama daripada Sabah dan Sarawak di Semenanjung dan pengundi daripada semenanjung yang bertugas di  Sabah dan  Sarawak untuk mengundi di mana-mana tempat mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya.

15.3.2    Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji kaedah pengundian     terbaik seperti tatacara yang dicadangkan untuk pengundian     warganegara Malaysia di luar Negara bagi pengundi yang berada     di luar kawasan termasuk kaedah pengundian awal tertakluk     kepada apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan.
15.4    MEMBENARKAN PENDAFTARAN SESEORANG     WARGANEGARA     UNTUK DIDAFTARAKAN SEBAGAI     PEMILIH APABILA MENCAPAI     UMUR 20 TAHUN

15.4.1    Jawatankuasa mengambil maklum bahawa Perkara 119     Perlembagaan Perseketuan membenarkan seseorang warganegara yang layak memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih hanya apabila seseorang itu mencapai umur 21 tahun.

15.4.2    Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengkaji cadangan     untuk membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara     apabila mancapai umur 20 tahun untuk didaftarkan sebagai pemilih  dan hanya dibenarkan mengundi apabila seseorang warganegara itu mencapai umur 21 tahun.

Ahli-ahli Pembangkang dalam Jawatankuasa TIDAK SETUJU dengan syor ini.  Mereka mencadangkan kelayakan seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih dipindah daripada 21 tahun kepada 18 tahun dan dibuat secara automatik apabila mencapai umur 18 tahun.

15.5    TARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN

15.5.1    Jawatankuasa mengambil maklum bahawa kuasa untuk     menentukan tarikh pembubaran Parlimen bukan merupakan kuasa SPR mengikut peruntukan undang-undang dan turut mengambil     maklum bahawa kuasa SPR hanya dalam menetapkan tarikh     pilihan raya setelah Parlimen dibubarkan.

15.5.2    Jawatankuasa mengesyorkan tempoh Parlimen hanya dibubarkan     selepas mencapai tempoh 4 tahun dan hendaklah diperuntukkan     dalam undang-undang.

15.6    KERAJAAN SEMENTARA (CARETAKER GOVERNMENT)

15.6.1.    Jawatankuasa mengambil maklum cadangan diwujudkan kerajaan sementara selain kerajaan yang memerintah sebaik     selepas Parlimen dibubarkan bertujuan bagi memastikan Negara     ditadbir sementara kerajaan yang baru dibentuk.

15.6.2    Jawatankuasa mengesyorkan SPR dalam tempoh 3 bulan dari     tarikh laporan ini dibentangkan dapat menyediakan suatu garis panduan dan kod etika tatalaku (code of conduct) terpakai bagi     mana-mana yang kena menjalankan fungsi kerajaan sementara     sehinggalah suatu kerajaan yang baru dibentuk di peringkat     Persekutuan atau negeri.
15.7    PENGUATKUASAAN PERATURAN SEDIA ADA     BERHUBUNG     KESALAHAN MEMBERIKAN MAKLUMAT     PALSU DALAM URUSAN     PENDAFTARAN

15.7.1    Jawatankuasa mengambil maklum cadangan menguatkuasakan     peraturan sedia ada berhubung kesalahan maklumat palsu dalam     urusan pendaftaran.

15.7.2    Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat kemungkinan     maklumat palsu diberikan dalam urusan-urusan seperti yang     berikut;

i.    urusan pertukaran alamat mastautin di JPN; dan

ii.    urusan pertukaran alamat kawasan pendaftaran di SPR, yang merupakan kesalahan di bawah Akta 5 dan peraturan sedia ada.

15.7.3    Jawatankuasa mengambil maklum adanya peruntukan dalam Akta     Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) dan Peraturan-Peraturan     Pendaftaran Negara 1990 yang mengadakan peruntukan     kesalahan bagi mana-mana orang yang memberi maklumat palsu     dalam urusan pendaftaran pemilih dan pertukaran alamat dalam     kad pengenalan.

15.7.4    Jawatankuasa mengambil maklum terdapatnya peruntukan di     bawah Akta 5 dan Peraturan 25 (1) Peraturan-Peraturan      Pendaftaran Negara 1990 masing-masing berhubung dengan     kesalahan memberikan maklumat palsu dalam permohonan     pendaftaran dan permohonan pendaftaran pertukaran alamat di     kad pengenalan.

15.7.5    Jawatankuasa mengesyorkan perjawatan tambahan diwujudkan bagi menubuhkan suatu pasukan penguat kuasa khas SPR dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa SPR tanpa perlu lagi bergantung kepada pihak berkuasa lain.

MENAMBAH BAIK PROSES PILIHAN RAYA

16.    Di bawah tajuk penambahbaikan dari segi menambah baik proses pilihan raya, Jawatankuasa merumuskan dua (2)  syor seperti berikut:

16.1    Memanjangkan Tempoh Berkempen

16.1.1    Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengambil kira semua pandangan yang diberikan dalam menentukan suatu tempoh minima tidak kurang daripada tempoh 10 hari.

Ahli-ahli Pembangkang dalam Jawatankuasa TIDAK SETUJU dengan syor ini. Mereka mencadangkan tempoh berkempen harus dilanjutkan kepada minimum 21 hari.
16.2    AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN SAKSAMA

16.1.2    Jawatankuasa mengesyorkan SPR meneliti Fasal (2) Perkara 115     Perlembagaan Persekutuan yang boleh meminta pihak berkuasa     awam untuk memberikan apa-apa bantuan yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya dalam menunaikan tugasnya termasuk Kementerian dan agensi berkaitan berhubung dengan hal    perkara yang melibatkan akses media yang bebas dan saksama kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

MENINGKATKAN MUTU DAFTAR PEMILIH

17.    Di bawah tajuk penambahbaikan dari segi meningkatkan mutu daftar pemilih, Jawatankuasa merumuskan lima (5)  syor seperti berikut:

17.1    PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH YANG BERTERUSAN

17.1.1    Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh MIMOS menunjukkan usaha pembersihan daftar pemilih secara berterusan     dijalankan oleh SPR dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Hasil verifikasi oleh MIMOS mendapati tidak wijud pendaftaran berganda (duplicate registration) bagi setiap nombor kad pengenalan 12 angka (KP12) yang dikeluarkan oleh JPN.

17.1.2    Jawatankuasa mengambil maklum terdapat di kalangan anggota polis dan tentera yang masih belum memohon MyKad atau MyTentera. Sehingga 20 Mac 2012, terdapat sebanyak 438 rekod    anggota polis dan 653 rekod anggota tentera dalam daftar pemilih     SPR yang belum mempunyai KP12.

17.1.3    Jawatankuasa mengesyorkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan     Tentera Malaysia memantau dan mengambil tindakan berkenaan     perkara yang disebut di perenggan 10.3 (Laporan Jawatankuasa) dalam tempoh 60 hari dari     tarikh laporan ini dibentangkan di Dewan Rakyat.

17.1.4    Jawatankuasa mengesyorkan supaya sebuah Jawatankuasa     Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan untuk mengawasi dan meniliti     semua usaha pemyemakan dan pembersihan daftar pemilih secara berterusan dan melaksanakan tugas-tugas lain yang dirujukkan     kepada Jawatankuasa tersebut.

17.2    PENELITIAN DAFTAR PEMILIH BAGI ALAMAT-ALAMAT     YANG     MEMPUNYAI RAMAI PEMILIH BERDAFTAR

17.2.1    Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh MIMOS mendapati 324 alamat yang mempunyai lebih 100 orang pemilih dan 938 alamat yang mempunyai antara 51 hingga 100 orang pemilih. Dalam penelitian Jawatankuasa Kecil Usaha Menambah Baik Daftar Pemilih, antara faktor-faktor yang menyumbang kepada     keadaan ini adalah seperti yang berikut.

i)    Alamat pendaftaran pemilih yang tidak lengkap;
ii)    Alamat pendaftaran pemilih yang terlalu umum yang menggunakan alamat seperti “kampung”, “rumah pangsa”, “rumah panjang” dan “jalan” tanpa butiran nombor rumah yang kebanyakkan berlaku di kawasan luar bandar;
iii)    Alamat pendaftaran pemilih yang dikongsi seperti lamat tempat asal/kelahiran atau alamat rumah yang disewa yang tidak dikemas kini setelah berpindah; dan
iv)    Alamat pendaftaran “pinjaman” iaitu alamat yang digunakan oleh seseorang pemilih untuk membolehkan didaftarkan disesuatu kawasan pendaftaran yang dikehendaki.

17.2.2    Jawatankuasa mengesyorkan SPR mempamerkan dalam tempoh     45 hari dari tarikh ini dibentangkan senarai pemilih yang alamatnya diragui di mana terdapat melebihi 50 pengundi di satu alamat yang sama untuk memaklumkan kepada pemilih yang terlibat supaya mereka boleh tampil kepada SPR serta membolehkan SPR     mengemas kini dan membersihkan senarai tersebut.

17.3    BANTAHAN TERHADAP DAFTAR PEMILIH YANG TELAH     DIPERAKUI     MELALUI ADUAN ATAU MAKLUM BALAS         DARIPADA PARTI     POLITIK, PERTUBUHAN BUKAN     KERAJAAN DAN SEBAGAINYA.

17.3.1    Jawatankuasa mengesyorkan suatu undang-undang dikaji untuk     memberikan SPR kuasa untuk memotong nama pemilih yang telah     disahkan daripada Daftar Pemilih Induk (DPI) atau memindahkan pemilih dari suatu bahagian pilihan raya yang lain berdasarkan     kepada aduan yang dikemukakan oleh pihak awam dengan bukti     yang sah.

17.4    KAJIAN KE ARAH PENDAFTARAN SECARA AUTOMATIK

17.4.1    Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan ini     mempunyai asas yang baik, namun ia hanya boleh dilakasanakan     dalam jangka masa yang panjang memandangkan usaha pembersihan daftar pemilih secara keseluruhan perlu diutamakan.     Siasatan lanjut mengenai daftar pemilih yang diragui seperti yang     dibangkitkan di negeri Sabah serta syor Jawatankuasa berhubung dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dilaksanakan supaya mencapai matlamat daftar pemilih yang     diyakini oleh semua pihak sebelum terlaksananya cadangan     pendaftaran secara automatik.

Ahli-ahli Pembangkang dalam Jawatankuasa TIDAK SETUJU dengan syor ini.  Mereka mencadangkan pendaftaran secara automatik dilaksanakan serta merta.

17.5    PENGGUNAAN ALAMAT SELAIN ALAMAT MASTAUTIN     PADA KAD     PENGENALAN SEBAGAI ALAMAT     PENDAFTARAN UNTUK MENENTUKAN BAHAGIAN     PILIHAN RAYA

17.5.1    Jawatankuasa mengambil maklum bahawa warganegara yang     layak mendaftar mempunyai hak untuk memilih mendaftar di mana kawasan pendaftaran berpandukan kepada alamat terkini seperti di     kad pengenalan. Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana orang untuk menukar alamat di kad pengenalannya di JPN jika telah berpindah ke alamat yang lain.  SPR  tidak    boleh    mengambil apa-apa tindakan untuk menukar kawasan pendaftaran mana-mana orang jika orang itu enggan menukar alamat di kad pengenalannya.

17.5.2    Jawatankuasa mengesyorkan supaya parti-parti politik memainkan peranan dalam menasihatkan pemilih menukarkan alamat     pendaftaran yang wajar di JPN sebelum mendaftar sebagai pemilih     baru atau mendaftar tukar alamat pusat mengundi dengan SPR.

17.5.3    Jawatankuasa turut mengesyorkan supaya SPR mengkaji tatacara    dan implikasi peraturan yang diamalkan di Negara lain yang    membolehkan pengundi memilih antara alamat tetap (kampung asal atau tempat lahir) atau alamat tempat bekerja (place of employment) sebagai alamat pendaftaran pengundi khususnya di Sabah dan Sarawak.

MEMPERKUKUH KEDUDUKAN SPR

18.    Di bawah tajuk penambahbaikan dari segi memperkukuh kedudukan SPR, Jawatankuasa merumuskan empat (4)  syor seperti berikut:

18.1    MEMPERKASA KEDUDUKAN SPR

18.1.1    Jawatankuasa mengesyorkan bagi menolak dakwaan tentang ketidakbebasan SPR, pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi     dan Anggota-anggota SPR dijalankan sebagaimana pelantikan yang dibuat bagi Hakim Mahkamah Perseketuan, Hakim     Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.

18.1.2    Jawatankuasa turut mengesyorkan SPR diberi kuasa mengadakan     bajetnya sendiri dan diletakkan dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen bagi memastikan isu kebebasan SPR tidak lagi dipersoalkan.

18.1.3    Jawatankuasa turut mengesyorkan suatu Suruhanjaya     Perkhidmatan ditubuhkan untuk melantik pegawai sendiri dan     diwujudkan suatu skim perkhidmatan khusus kepada pegawai dan anggota perkhidmatan SPR.

18.2    PENGSTRUKTURAN DAN PENGUKUHAN SPR

18.2.1    Jawatankuasa mengesyorkan berdasarkan kepada beban dan     bidang tugas SPR yang luas, organisasi SPR perlu distruktur     semula dengan diberi kuasa yang sewajarnya bagi mamastikan     penguatkuasaan undang-undang pilihan raya dijalankan oleh     badan penguatkuasaan SPR sendiri dan mengurangkan     kebergantungan kepada pihak-pihak yang lain. Keperluan sumber     manusia kepada SPR ditambah dan perjawatan sedia ada dinaik     taraf serta peruntukan kewangan yang mencukupi diperuntukkan     sesuai dengan peranan, tanggungjawab, bebanan dan cabaran     semasa.

18.3    MEMPERLUASKAN AKADEMI PILIHANRAYA

18.3.1    Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan menambah sumber manusia. Peruntukan kewangan dan kemudahan Akademi Pilihan     Raya bagi memastikan matlamat penubuhan Akademi Pilihan     Raya, khususnya dalam memberi pendidikan kepada semua pihak     yang terlibat dalam proses pilihan raya termasuklah warganegara     Malaysia tentang hak mengundi dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
18.3.2    Jawatankuasa turut mengesyorkan suatu Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh pelbagai parti politik dan wakil NGO bagi memberi pandangan/nasihat kepada Akademi Pilihan Raya.

18.4    PENGASINGAN FUNGSI UTAMA SPR

18.4.1    Jawatankuasa mengambil maklum bahawa tiga fungsi utama SPR di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan adalah menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula bahagian pilihan raya.

18.4.2    Jawatankuasa mengesyorkan sebagai langkah jangka panjang     cadangan tiga fungsi utama SPR iaitu untuk menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula     bahagian pilihan raya diasingkan tiga badan yang bebas.

PERSEMPADANAN, PEMBIYAAN POLITIK DAN SISTEM  ALTERNATIF

19.    Di bawah tajuk penambahbaikan dari segi Persempadanan, Pembiayaan Politik dan Sistem Alternatif, Jawatankuasa merumuskan empat (4)  syor seperti berikut:

19.1    PENGAGIHAN KERUSI DEWAN RAKYAT BAGI NEGERI     SABAH DAN     SARAWAK

19.1.1    Jawatankuasa mengambil maklum mengenai cadangan  supaya     jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat diseimbangkan di     antara kerusi bagi Semenanjung dengan kerusi negeri Sabah dan     Sarawak seperti mana diperuntukkan dalam dokumen Inter-Government Committee (IGC) semasa penubuhan Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura memperolehi 34 peratus daripada     kerusi di Dewan Rakyat pada penggal tersebut.

19.1.2    Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan     diperuntukkan 34 peratus daripada jumlah kerusi Dewan Rakyat     adalah bagi memastikan kuasa seimbang boleh digunakan oleh     mana-mana wakil Sabah dan Sarawak dalam semua hal yang berkaitan undang-undang dapat dipertahankan.

19.1.3    Jawatankuasa mengesyorkan suatu kajian terperinci dibuat atas     cadangan di atas untuk dilaksanakan dengan mengambilkira prinsip pembentukan Malaysia.

19.2    PERSEMPADANAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA YANG     SEIMBANG

19.2.1    Jawatankuasa mengambil maklum cadangan urusan kajian     persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen     dan Negeri mengambil kira keseimbangan jumlah pemilih termasuk     wajaran kawasan luar Bandar (rural weightage) dan juga     memenuhi prinsip “Satu Orang, Satu Undi”.

19.2.2    Jawatankuasa mengesyorkan SPR menyemak semula Jadual     Ketigabelas Perlembagaan Persekutuan bertujuan memberi makna     sepenuhnya kepada prinsip “Satu Orang, Satu Undi” dan     mengembalikan wajaran kawasan luar Bandar (rural weightage).

19.2.3    Jawatankuasa mengesyorkan SPR menentukan satu formula yang     adil dan saksama berdasarkan satu prinsip yang tetap dalam     menentukan jumlah pengundi di sesuatu bahagian pilihan raya     dalam satu negeri tidak berbeza dengan ketara.

19.3    PERUNTUKAN DANA KEPADA PARTI POLITIK

19.3.1    Jawatankuasa mengambil maklum cadangan agar Kerajaan     mengadakan peruntukan dana kepada parti politik mengikut jumlah     kerusi yang diperolehi dalam pilihan raya dalam usaha untuk     menyuburkan sistem demokrasi di Negara ini serta membendung     gejala rasuah oleh ahli politik dalam pilihan raya.

19.3.2    Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan mengadakan peruntukan     dana dan menggubal formula yang sesuai bagi politik dan calon     yang menang mengikut jumlah kerusi yang dimenangi dan undi     yang diperolehi dalam pilihan raya mengikut agihan 50% untuk     kerusi dimenangi dan 50% bagi jumlah undi diperolehi tertakluk     kepada apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan dan juga     kaedah yang akan digubal.

19.4    SISTEM  PILIHANRAYA BARU

19.4.1    Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk menambah baik Sistem Majoriti Mudah (First-Past-The-Post) sedia ada     ataupun mengkaji apa-apa system pilihan raya lain seperti sistem     campuran (First-Past-The-Post) dan (Proportionate Representation).

19.4.2    Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR meneliti cadangan ini     kerana ia merupakan perkara yang melibatkan dasar yang perlu     dipertimbangkan oleh Kerajaan dan melaporkan semula kepada     Jawatankuasa seperti di perenggan 10.7 (Laporan Jawatankuasa)

Penutup

Tuan Yang Di Pertua,

20.    Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa atas kerjasama dan kerja keras serta input yang bermanfaat yang telah diamalkan sepanjang Jawatankuasa ini menjalankan tugasnya. Sokongan dan kepercayaan serta sumbangan yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan Yang  Mulia ini juga adalah amat dihargai.

21.    Saya juga  merakamkan penghargaan kepada semua pihak sama ada individu, agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan, parti politik dan pertubuhan-pertubuhan yang telah memberikan kerjasama dengan tampil di hadapan Jawatankuasa untuk menyampaikan keterangan serta mengemukakan memorandum dan pelbagai cadangan mengenai penambahbaikan proses pilihan raya negara.

22.    Saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Urusetia khasnya Setiausaha Dewan Rakyat dan pegawai-pegawai sokongan di atas sifat dedikasi mereka dalam menghasilkan laporan ini dalam masa yang singkat.  Kerjasama yang diberi dan maklumat yang dibekalkan oleh pihak SPR daripada peringkat pengurusan dan pegawai- pegawai kanan agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Polis di Raja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah amat dihargai. Jawatankuasa yakin jika syor-syor yang dicadangkan dalam laporan ini diterima oleh Dewan Yang Mulia dan dilaksanakan sepenuhnya, ia akan memberi impak besar kepada peningkatan mutu, integriti dan keyakinan proses serta sistem Pilihan Raya negara khususnya di masa akan datang.

23.    Jawatankuasa menekankan bahawa laporan yang dikemukakan adalah bukan sekadar respon dan ulasan kepada pandangan dan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh semua pihak yang terlibat. Ia adalah peta pandu penambahbaikan sistem dan proses pilihan raya agar bertambah mutu dan bertaraf global sesuai dengan agenda tranformasi Kerajaan Malaysia.

24.    Pihak Jawatankuasa yakin Ahli-Ahli Yang Berhormat, pihak penyelidik dan golongan awam akan dimanfaatkan oleh laporan ini dan bahawa ianya akan menjadi satu dokumen asas dan bahan rujukan dari segi dasar, prinsip dan amalan demokrasi berparlimen pada masa akan datang.

“Ke Sabah , Sarawak , Semenanjung pun sudah
Menjalankan tugas untuk Negara
Laporan PSC sudah tersedia
Giliran dan Keputusan seterusnya Di Dewan Yang Mulia”

Tan Sri Yang Di Pertua,

Saya mohon mencadang

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...