27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

UEC: Jangan tunduk pada Teo Nie Ching, mahasiswa beritahu Maszlee

#MelayuPHBaruaDAP #MalaysiMemilih #MalaysiaBaru #KERAjaanTomato #FaktaBukanAuta

Kira-kira 400 mahasiswa berarak dari Masjid Negara ke Kompleks Beli Belah Sogo bagi membantah usaha mengiktiraf UEC.

Seramai 400 orang mahasiswa menunjuk perasaan dan berarak dari Masjid Negara ke Kompleks Beli Belah Sogo di ibu negara hari ini bagi membantah usaha kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Jurucakap Faizzuddin Zai berkata mereka turun ke jalanan kerana Menteri Pendidikan Maszlee Malik nampak seperti tidak mempunyai pendirian dan tidak tegas mempertahankan sistem pendidikan kebangsaan.

“Dia seolah-olah ditekan. Sekiranya mahasiswa tidak bersuara, dia akan ditolak ke tepi oleh timbalannya sendiri,” kata Faizzuddin, merujuk kepada Timbalan Menteri Teo Nie Ching dari DAP.

“Jangan tunduk kepada timbalan. Kami bersama anda,” kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia.

UEC adalah peperiksaan seragam untuk pelajar di 60 sekolah menengah Cina di seluruh negara, sejak 1975, dengan sukatan pelajaran dibangunkan Dong Zong, apabila sekolah Cina tidak mahu menerima pakai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Lepasan UEC tidak boleh melanjutkan pelajaran di universiti kerajaan dan bekerja di sektor awam kerana UEC tidak diiktiraf kerajaan persekutuan.

Pengiktirafan sijil lepasan sekolah menengah Cina persendirian itu merupakan salah satu daripada janji manifesto pilihan raya Pakatan Harapan yang perlu dipenuhi dalam tempoh 5 tahun memerintah.

Maszlee sebelum ini berkata kementerian sedang melakukan kajian holistik berhubung perkara itu dan berkata sebarang keputusan tidak akan menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Bekas penasihat sosiobudaya kepada kerajaan, Tan Sri Rais Yatim berkata kerajaan sepatutnya membentangkan intisari sukatan pelajaran UEC bagi melihat sebarang percanggahan dengan Akta Pelajaran.

Faizzuddin hari ini berkata mereka akan membawa bantahan ini ke kampus-kampus universiti dan mengadakan jelajah ke seluruh negara.

“Kami akan masuk ke kampus-kampus dan kami Gamis dan persatuan mahasiswa lain akan kumpul petisyen sebanyak mungkin untuk berikan kepada menteri, supaya menteri tidak perlu takut dan terus mengangkat sistem pendidikan kebangsaan,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan menteri mengatakan kementerian tidak terburu-buru untuk mengiktiraf UEC, Faizzuddin menyifatkan ia hanya kenyataan politik.

“Pada awalnya dia mengatakan dia tak akan buat kajian kemudian apabila diberi tekanan dia kata akan buat kajian. Ini manifestasi dia tak mempertahankan sistem pendidikan kebangsaan.”

………..
https://pakdin.my/tag/uec

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan