Ujian Makmal Sampel Klinikal Pelajar Zimbabwe, Negatif Virus Ebola (video) #pakdin.my

ebola
Ujian makmal ke atas sampel klinikal seorang pelajar warga Zimbabwe yang dirawat di Hospital Umum Sarawak disahkan negatif virus ebola.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Doktor Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit berkenaan kini beransur pulih dan memberikan tindak balas yang baik kepada rawatan yang diberikan.

Perkara itu disahkan oleh Datuk Doktor Noor Hisham dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, pelajar berkenaan dirawat akibat jangkitan saluran pernafasan di Hospital Umum Sarawak dan sampel ujian telah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh.

Sehingga kini tiada kes yang disahkan mengidap virus Ebola dikesan di negara ini.

Kementerian kesihatan katanya, akan terus mengukuhkan kesiapsiagaan dan tindak balas bagi menghadapi kemungkinan penularan penyakit ebola di negara ini.

Pihaknya memantau rapi situasi berkenaan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan mengenainya dari semasa ke semasa.

 

 

Berkaitan