Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Malaysia

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Indonesia

Indonesia
4,241,809
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Indonesia
4,085,775
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Indonesia
143,299
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Global

All countries
245,749,124
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
All countries
221,024,534
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
All countries
4,987,253
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Ulasan Dr Mahathir mengenai Ku Li dan cadangan DAP kurang kakitangan awam

Tun Dr Mahathir

AGENDADAILY – Ini pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kenyataan veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bahawa dia tubuh NGO sebab tak ada ruang untuknya bersuara dalam parti. Saluran alternatif seperti blog harus dijadikan platform pemimpin parti politik untuk bersuara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. “Kita boleh guna blog untuk bersuara. Kalau tidak boleh bersuara dalam parti, kita guna blog. Dalam parti, kadang-kala dia (pemimpin) pun tak berapa dengar.

“Kita ada kebebasan bersuara. Jadi, kita boleh bersuara tetapi kalau orang lain tak berapa dengar, kita tak boleh buat apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk ‘Dilema Ekonomi Bangsa Malaysia’ di Universiti Putra Malaysia Rabu.

Semalam, Ku Li, yang juga Presiden AMANAH, berkata pertubuhan itu bebas dianggotai pelbagai fahaman politik untuk menyuarakan apa saja pandangan berhubung kepentingan rakyat.

Selain kenyataan Ku Li, Dr Mahathir juga ditanya pemberita mengenai cadangan DAP mengurangkan kakitangan awam.

Menurutnya, berdasarkan pertambahan penduduk di Malaysia, maka lebih ramai penjawat awam diperlukan.

“Untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam dengan memecat mereka, itu sangat teruk.

“Ketika saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, kita mempunyai kira-kira 13 juta rakyat, namun apabila saya mengundurkan diri, penduduk kita meningkat kepada 26 juta. Penduduk  bertambah jadi kita memerlukan lebih ramai kakitangan awam,” katanya sambil menambah penswastaan dapat menyerap kakitangan awam ke sektor swasta dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Sebelum itu, Dr Mahathir berkata kerajaan harus memastikan pengagihan pendapatan yang adil dan saksama di kalangan rakyat pelbagai kaum bagi mencapai status negara maju.

“Kalau kita sedar pentingnya imbangan antara miskin dan kaya supaya jurang tidak terlalu jauh, maka kita akan mencapai kemajuan. Kita tidak boleh terlalu mengejar kemajuan tanpa mengambil kira mereka yang mungkin tertinggal di belakang.

“Inilah dilema ekonomi Malaysia. Namun demikian, kita dapat menyediakan rakyat kita supaya dapat merebut peluang yang wujud dalam negara yang stabil dan tumbuh dengan pesatnya,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir menyarankan rakyat Malaysia agar memahami dilema kerajaan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, yang akan ‘disertai’ kos perbelanjaan serta sara hidup tinggi.

“Maka, kerajaan perlu bijak menangani agar tidak berlakunya rusuhan untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Beliau turut meminta rakyat Malaysia agar tidak cerewet dan terlalu memilih pekerjaan demi kepentingan ekonomi negara.

Dr Mahathir berkata kebanjiran pekerja asing di negara ini menjadikan golongan itu cekap dalam sesuatu bidang, dan pada masa yang sama, pendapatan mereka meningkat serta menyebabkan pengaliran wang ke luar negara meningkat.

“Ini (pengaliran wang ke luar negara) secara tidak langsung menyebabkan negara kita akan menjadi miskin,” katanya.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021