Umno Dah Hantar Surat Pecat Hamidah - pakdin.my

hamidah-osman-pecat

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti itu telah menghantar surat pemecatan kepada bekas Ketua Wanita Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.

“Dah hantar surat, dia macam (Datuk) Saifuddin (Abdullah) juga, bila kita dah hantar surat tapi kata tak terima surat,” katanya yang merujuk Saifuddin yang merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang keluar dari parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya dah hantar surat dan dia bukan perwakilan,” katanya pada sidang media mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 di Menara Dato’ Onn di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai surat pemecatan yang belum diterima Hamidah seperti yang didakwanya.

Tengku Adnan bagaimanapun tidak mengulas lanjut bila surat pemecatan itu dihantar kepada Hamidah.

Pada Rabu, Hamidah yang membuat dakwaan itu berkata, selagi belum mendapat surat pemecatan berkenaan, beliau masih lagi anggota parti.

“Saya tidak dapat lagi surat rasmi pemecatan sehingga hari ini. Selagi tak ada surat hitam putih, saya menganggap masih lagi ahli Umno.

“Saya akan hadir pada Perhimpunan Agung Umno nanti kalau masih lagi jadi ahli. Bagaimanapun, saya akan cuba dapatkan penjelasan berhubung status saya,” katanya.

Minggu lalu, Umno memutuskan Hamidah dipecat dari parti kerana pelanggaran disiplin.

UTAMAPOLITIKUmno Dah Hantar Surat Pecat Hamidah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium