31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Umno Lepasi Ujian Transformasi Politik @NajibRazak #PemilihanUMNO

NAJIB-Umno Lepasi Ujian Transformasi Politik

Umno berjaya melepasi cabaran proses transformasi politik terutama bagi menghidupkan amalan demokrasi secara terbuka dalam parti itu.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kelancaran proses pemilihan bagi sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno membuktikan parti itu lebih kedepan dalam menegakkan amalan demokrasi.

“Secara umumnya saya boleh katakan bahawa Umno telah melalui ujian ini dengan begitu cemerlang.

“Walaupun kita menghadapi banyak cabaran, tapi semuanya berbaloi kerana kita mahukan parti ini mendahului proses demokrasi yang terbuka.

“Ia sekaligus menjadikan parti ini sebagai parti yang ke depan dalam proses menegakkan demokrasi hingga boleh dijadikan model kepada parti lain,” katanya pada sidang media di pusat penjumlahan undi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini lewat malam Sabtu.

Sementara itu, mengulas mengenai beberapa masalah yang wujud ketika proses pengundian yang bermula seawal pukul 8 pagi Sabtu, Najib berkata, perkara itu hanya isu kecil yang berjaya diselesaikan.

Menurutnya, Jawatankuasa Pemilihan Umno akan memperbaiki beberapa masalah agar ia tidak berulang pada pemilihan Majlis Tertinggi (MT) minggu depan.

“Kita akan jadikan ini sebagai panduan… kita akan cuba atasi dan perbaiki pada minggu depan,” katanya.

Pemilihan tiga sayap pada Sabtu menyaksikan 110,765 anggota perwakilan Wanita, kira-kira 70,000 Pemuda dan kira-kira 50,000 Puteri melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memberi mandat baharu bagi memastikan kesinambungan kepimpinan sayap parti itu.

Melalui sistem pemilihan ‘Electoral College’ ini setiap bahagian akan memberikan satu undi untuk seorang calon bagi setiap jawatan, untuk memberi suara lebih besar kepada anggota dari 191 bahagian memilih kepimpinan parti ke arah menjadikan Umno lebih telus dan demokratik.

Berita Berkaitan

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

YDP Agong Tolak Darurat, Shahrir Sindir Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami kekalahan moral apabila nasihatnya ditolak Yang di-...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan