Di PWTC, ribuan ahli UMNO berkumpul dan bersemangat mendengar amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dan ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di malam hari.
Ribuan ahli UMNO ini segak memakai logo parti yang sama iaitu UMNO. Sejumlah 63 peserta luar negara dari 17 parti politik di 14 negara hadir sama di PWTC bagi mengikuti persidangan UMNO.
51 perwakilan dari 82 kelab UMNO luar negara turut serta. 350 pelajar dari 70 universiti di Malaysia hadir sama untuk menjadi pemerhati persidangan UMNO.
Ini tandanya UMNO makin diminati. Orang luar negara mahu pelajari. Anak anak muda datang memerhati. Bukan seperti parti bunga itu, ramai yang sudah keluar parti dan lari.
Perwakilan UMNO dari Padang Besar, Perlis hingga Kudat, Sabah datang ke PWTC untuk berhimpun dan bersidang demi agenda pertiwi dan parti. Bukan seperti pembangkang yang hanya pentingkan agenda peribadi dan kroni.
UMNO semakin kukuh. Berbeza sama sekali dengan pembangkang yang kelihatan semakin rapuh. Semalam, pembangkang menerima tamparan bila Wan Azizah, Presiden Pakatan Harapan diarah membayar ganti rugi RM2 juta kepada Felda kerana kesalahan fitnah.
Pembangkang juga dikritik hebat semalam bila Zaid Ibrahim bertindak biadap menghina Sultan Selangor dalam satu tulisannya ditwitter. Cerita siapa hendak jadi PM dan TPM pun pembangkang belum selesai lagi.
https://pakdin.my/zaid-ibrahim-biadap-pertikai-titah-sultan-selangor/
Lebih teruk lagi, pembangkang juga khabarnya akan bertanding tanpa logo yang sama. Semua ini berlaku kerana kegagalan PPBM mengadakan mesyuarat cawangan dan kegagalan pemilihan CEC DAP.
Ketua Whip Parlimen PKR Datuk Johari Abdul menerusi kenyataannya dalam sebuah portal pembangkang memberitahu bahawa PPBM belum mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), justeru meningkatkan kemungkinan parti itu tidak dapat bertanding di bawah logo gabungan bersama.
Dalam isu ini, Pakatan Harapan tidak boleh menyalahkan ROS kerana agensi berkenaan menjalankan tugasnya berdasarkan peraturan yang ada.
Justeru siapa yang perlu dipersalahkan? PPBM yang patut dipersalahkan kerana sehingga sekarang ia gagal mengadakan AGM parti itu. Alasan yang diberikan oleh pengerusi PPBM, Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini ialah kerana masalah di peringkat cawangan dan bahagian.
Sedangkan mengikut perlembagaan parti, selaras dengan Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, satu mesyuarat agung peringkat cawangan dan bahagian wajib diadakan selepas setahun PPBM ditubuhkan secara rasmi.
Jadi disebabkan kegagalan PPBM ini, maka tidak tercapailah harapan Pakatan Harapan untuk bertanding di bawah satu logo. Meskipun cadangan asal untuk pembangkang bertanding di bawah satu logo dicetuskan oleh pengerusi PPBM sendiri, namun akhirnya parti beliau yang menggagalkannya.
https://pakdin.my/ppbm-akan-jadi-parti-haram-sama-seperti-dap/
Pakatan Harapan cuba meniru Barisan Nasional (BN) namun hakikatnya ia belum dapat mencapai `kelas’ yang dimiliki oleh BN. Walaupun Pakatan kini menggunakan artis-artis untuk menyerang kerajaan tetapi malangnya artis yang ada adalah artis yang suam-suam kuku yang sudah tidak popular lagi.
Mungkin mahu menumpang menarik undi peminat artis berkenaan tetapi sebenarnya ia tidak berkesan pun. Malah artis terbabit lebih teruk diserang disebabkan kebodohan mereka sendiri.
Pembangkang yang semakin rapuh, lusuh dan melepuh. Terpaksa kaut apa sahaja yang sempat kerana sedang tenggelam dihanyutkan oleh arus yang deras. Najis dan kayu terapung pun mereka akan gapai untuk selamatkan diri.
Amat berbeza dengan UMNO yang semakin kukuh. Terus kukuh dan kuat menjelang PRU14. Jajan 3A yang disebut oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid iaitu “Action, Action dan Action” menjadi seruan perang semua ahli UMNO untuk hadapi pembangkang dalam PRU14 ini.
Tulisan :
Beruang Biru
BB685, Rabu
6 Disember 2017
Trbalik tu : Umno makin rapuh manakala pembangkang semakin ampuh dn kukuh..
Mcm mn pembangkang yg kukuh..yg komen pun 2-3 kerat je..bilangan likes lg byk dr yg komen
Susah ckp ngn org buto ni.. kpd Mohd Affendi Ismail cubo kau tgk page ni.. bnyk sgt ke like nyo.. nk dpt 50 pun susah.. kene mtak tlng sdara mara tlng like
mohd affendi mimpi disiang hari
UMNO DULU, KINI & SELAMANYA AKAN TERUS MENERAJUI PEMERINTAHAN MALAYSIA.. AAMIIIN YA-RABBAL’ALAMIN ???
TERBAIKKK
Rindu hatiku tidak terkira
Mengenang engkau yang jauh
Nak masuk dewan #PAU dh tak boleh dh! ???
Mana xkukuh bukan pegi saje2, klu aku ada peluang aku pun nak pegi.
Kepala bapak kaulah macai amno
Sentap. Kee. Sialll
Anjing gongong tulang sudah datang…. Hidup macai umno…
Anjing gongong tulang sudah datang…. Hidup macai umno…
Jgn. Mareee. Yee. Kadam. Pakaton
Mana dia tahu pembangkang makin rapuh. Lepas pru kita tengok sapa yg rapuh.
Muahahahahahahahaha
Admin tgk tb3 suku ka. .mcmn pau..dpat memuki tak mcm yg dikatakan wanita ameno tue..
Kita tunggu keputusan pru nnti…ader yg baju PAU tu bungkus buah nangka nnti…
Merah gagah bergaya, umno dulu kini dan selamanya.
kahkahkahkah xD
Haha.. syok sendiri… kalu berani kasi umumla… #kepalabapakkau
Alhamdulillah
BN menjamin kesejahteraan rakyat ..
HIDUP UMNO….Klau memandang Bintang Di Langit Jangan Lupa Rumput Di Bumi..
Maaf…Bn telah parah dan hilang majoriti sokongan dari rakyat….angkara pemimpin atasan juga….Allah telah sebut kerosakan d muka bumi akibat perbuatan dari manusia sendiri…fikir2 kan lah
Hidup UMNO hidup BN
Komen syok sendiri dari kuli2 bunger dan tokey khinzir dapigss
bubar la nk tgk sgt tang mana yg kukuh?? dlm umno pun ade talam dua muka!! pirahh..
Terbaik DSN.
Eya bebeno…deroyan mangko
Kapala bapok kaw lh amino??
Kapala bapok kaw lh amino??
Asal buka mulut menipu je kejee
Asal buka mulut menipu je kejee
Mudamudahan begitu.
HANYA SATU TABIAT ORANG UMNO YG KITA LIHAT…MASEH TERSIMPAN NIAT..BILA DAH DIBERI KEPERCAYAAN SEBAGAI YB IBARAT SATU PEMBERIAN YG TERUS DIBAWA HINGGA KEMATI.HILANG KUASA DISEBABKAN PUSINGAN PEMINPIN DTG DAN PERGI…SEGELINTIR MENGELUPOR SEOLAH DIA YG TERBAIK….LAST JADI PENGKHIANAT…
Ni la muke2 bakal ke dlm x lama lagi..selamat meninggal la
Ni la muke2 bakal ke dlm x lama lagi..selamat meninggal la
Umno adalah parti berasaskan bangsa me layu
Bukan berasaskan parti agama islam
umno syok sendiri…kihkihkih…umno semakin hampir terkubur…
Parti Cap Bunga bila nak mesyuarat Agong?
Parti hebat tapi EGM 12 orang ? ? ?
Klu perempuan lembu tu nk jd menteri n beberapa badut tampilkn diri…serius aku tk akan undi BN
Dulu kini dan selamanya dunia dan akhirat
Itu lah kelebehan arg melayu suka jadi penghianat bangsa kesian melayu
Insyllh,BN/UMNO menang brgaya dan kemenangan brsejarah bwt BN/UMNO,Aminn…
..amin insha allah BN win 2/3
Hidup DS Nsjib, hidup UMNO hidup BN. demi agama, bangsa dan negara makmur. Amin.
Makin goyang ada lah….dh mula rasa akan ke sg.buluh pas pru14…
Makin goyang ada lah….dh mula rasa akan ke sg.buluh pas pru14…