Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm

Global

All countries
231,503,127
Confirmed
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
All countries
206,471,289
Recovered
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
All countries
4,744,657
Deaths
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm

UMNO Mampu Bangkit Walaupun Berbagai Cabaran Yang Dilalui – Ahmad Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata terdapat beberapa sahabat yang bertanya bagaimana beliau dapat menghadapi cabaran dalam menakhodai UMNO.

Jelas beliau, walaupun ianya perlu mengemudi sebuah parti politik yang tewas selepas berpuluh tahun menjadi teras pemerintahan negara.

“Musuh tahu UMNO mampu bangkit dan apabila kebangkitan itu berlaku pasti parti politik ini bertambah kuat. Maka mereka berusaha memastikan parti keramat agama, bangsa dan negara ini lenyap dari persada politik tanah air.

“Begitu juga musuh yang cuba mengambil kesempatan mengawal UMNO untuk manfaat politik kerana menyedari keramatnya.

“Jawapan saya adalah lillahitaala (kerana Allah S.W.T). Sebagai mukmin sesuatu perkara yang kita lakukan adalah kerana Allah S.W.T,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menjelaskan setiap perkara yang  dilakukan haruslah  dengan niat ikhlas mencari keredaan illahi, walaupun terdapat tekanan namun ianya tidak sesekali melemahkan.

“Jawapan saya yang seterusnya adalah kerana kebenaran, kerana kebenaran wajib dipertahankan dan diperjuangkan. Jika kita tahu kita berada di landasan kebenaran, pasti tiada gundah kerana ia suatu perjuangan yang berbaloi.

“Jawapan yang ketiga adalah kerana rakyat dan negara. UMNO perlu dipertahankan kerana benteng terakhir rakyat dan negara. Perlu terus membawa suara dan aspirasi rakyat walaupun bukan lagi di puncak kuasa kerana itulah resam UMNO,” katanya lagi.

Tambah Ahmad Zahid lagi, hakikatnya UMNO adalah sebuah perjuangan yang murni menjadikan jiwa tenang walau apa dugaan mendatang.

“Dan hati yang kuat mampu diperoleh dengan sujud kepada Allah S.W.T kerana hanya Dia tempat mohon pertolongan.

“Semoga Allah S.W.T memberkati kebangkitan UMNO dan memperkasakan hati serta semangat para perajuritnya,” ujarnya. – UMNO Online

Berkaitan