29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

UMNO Masih ‘Kingmaker’ Sebenar

Sudah 12 hari berlalu sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun barisan Kabinet masih belum lengkap lagi. Kerajaan BN yang dahulu sekejap sahaja bentuk kabinet, siap dengan timbalan sekali. Namun itu tidak berlaku pada kerajaan pakatan hari ini.

Kerajaan pakatan ini berjanji akan tubuhkan satu Kabinet kecil yang dianggotai wakil daripada empat parti komponen Pakatan Harapan (PH) minggu lepas. Namun sehingga hari ini, masih tiada berita mengenainya.

Alasan yang digunakan adalah kerana ia mengambil masa untuk menubuhkan senarai jemaah menteri Kabinet lengkap kerana setiap parti perlu merujuk parti masing-masing untuk beri nama calon Menteri pilihan mereka.

Susah sungguh mahu pilih menteri sehingga mengambil masa berhari-hari. Ada wujud perselisihan faham antara ahli ke? Malah kenyataan Nurul Izzah yang mengumumkan GST akan dihapuskan pada 1 Jun 2018 juga dibangkang oleh Lim Guan Eng, yang juga Menteri Kewangan. Sudah mula flip flop antara mereka.

Gambaran yang samar-samar mengenai perselisihan antara ahli PH ini seolah-olah cuba disorokkan oleh kerajaan PH. Tiada yang boleh disorok, rakyat sedang menilai apa sebenarnya yang berlaku.

Ketidakstabilan yang wujud di dalam kalangan anggota PH ini menimbulkan persepsi yang mereka boleh berpecah pada bila-bila masa sahaja.

Apa pun, UMNO masih lagi “king maker”.

Ini boleh dilihat kerana UMNO adalah satu-satunya parti tunggal yang memenangi paling banyak kerusi Parlimen berjumlah 54 kerusi. Diikuti oleh PKR (47 kerusi), DAP (42 kerusi), PAS (18 kerusi), BERSATU (13 kerusi), AMANAH (11 kerusi), WARISAN (8 kerusi) dan lain-lain parti yang menang antara 1 atau 2 kerusi sahaja.

Jadi orang UMNO jangan cepat lemah semangat. Terus adakan mesyuarat cawangan dan bahagian. Terus kerja untuk rakyat. Terus berkhidmat untuk rakyat. Insyallah, rakyat akan melihat siapa yang tekun kerja dan siapa yang asyik menabur janji manis sahaja.

https://pakdin.my/umno

Berita Berkaitan

Komen

  1. Yup umno masih kuat. Melayu sejati masih sokong umno.. Lepas ni martabatkan hak melayu dan islam. Klu dap ingin memartabatkan bangsa bukan islam sbb tu semua bukan islam sokong mereka. Kini Umno kena martabatkan hak melayu minta lebih utk hak melayu utk terus berjuang demi bangsa dan agama..

  2. KUALA LUMPUR. 13 MEI – Yang Di Pertuan Agong,Sultan Muhammad V dan Majlis Raja-Raja diminta mempertimbangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi (RTC) di negara ini bagi menyiasat segala kes rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam kerajaan.
    Menurut seorang netizen, K.Thirunavukkarasu,meskipun kerajaan Pakatan Harapan berusaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB),namun mereka tidak menyentuh mengenai penyiasatan beberapa skandal terdahulu antaranya Perwaja Steel,Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ),Projek kad pengenalan di Sabah,isu Saham Malaysia Airlines (MAS) dan kerugian urus niaga mata wang asing (Forex) oleh Bank Negara Malaysia.
    “Perkara ini amat membimbangkan kerana rasuah harus disingkirkan sebagai entiti tunggal.Setiap individu yang terlibat dan mendapat manfaat daripadanya harus dipertanggungjawabkan.
    “Kita tidak boleh tertumpu kepada induvidu yang tidak disukai dan membenarkan skandal-skandal dahulu dibiarkan begitu sahaja dengan hanya permintaan maaf secara lisan” katanya dalam status Facebook, hari ini.
    Jelasnya, TRC itu harus berperanan menyiasat dan mendedahkan semua perbuatan salah laku kerajaan sebelum ini selain menggesa pihak terlibat memberi jawapan dan penyelesaian konflik yang sewajarnya.
    Tegas beliau,rakyat tidak mahu usaha mencari kebenaran bersandarkan kepada motif politik semata-matanya tetapi memerlukan siasatan bebas merangkumi rekonsiliasi, keadilan, pampasan dan kesedaran.
    “TRC yang ditubuhkan itu harus tertumpu pada isu- isu dari 1988 jika diperlu berbanding 2009 sewaktu kes 1MBD ditimbulkan.Penyalahgunaan kuasa mungkin telah disiasat sejak 2009, namun sebagai institusi, ia harus disiasat bermula 1988.
    “Kami berharap untuk mengentahui bagaimana ia bermula dan berkembang, mengenal pasti penyalahgunaan kuasa seawal mungkin adalah amat penting”katanya.
    Dalam pada itu K.Thirunanavukjarasu berkata,pihaknya mengenal pasti penyalahgunaan kuasa tidak hanya kepada mencuri wang tetapi melibatkan melanggar hak asasi manusia,merosakkan sistem kehakiman, menjejaskan sistem diraja,penindasan hak media dan sebagainya.
    Justeru, beliau berharap TRC itu dapat diperkasakan dengan membenarkan pendakwaan jenayah.
    Tambahnya, TRC bukan perkara baru kerana telah dilaksanakan oleh banyak negara antaranya Penubuhan Suruhanjaya Penjelasan di Guatemala yang menangani salah guna kuasa kerajaan terdahulu,TRC di Timor Leste untuk menangani pemerintahan autokratik,Suruhanjaya kebenaran di Chile pada 2003 untuk menyiasat kekejaman yang dilakukan oleh bekas diktator,Augusto Pinochet dan TRC di Afrika Selatan di terajui oleh Bishop Desmond Tutu kesan dasar Apartheid pada 1995.
    Kami percaya TRC boleh menjadi penyelesaian kepada rakyat yang kini terpisah akibat situasi politik berbeza.Kami meminta keadilan dalam bentuk pemulihan dan bukannya hukuman.Jika penyelesaian tidak dapat dilakukan,kami mahu keadilan secara gantirugi yang mana mangsa diberi pampasan, permohanan maaf dan peringatan.
    Sebelum ini,ahli politik terlibat dalam kes salah guna kuasa dikenakan cukai harta yang memaksa mereka mengembalikan keuntungan haram yang di kaut.Yang penting,kita tidak harus membenarkan pemindahan kuasa menghalang pendakwaan mahkamah terhadap mereka yang didapati bersalah (salah guna kuasa).
    “Dalam situasi yang tidak menentu, kami sebagai rakyat memohon bimbingan Tuanku untuk memimpin negara tercinta daripada keputusan pilihanraya umum lalu bagi mengukuhkan kembali Malaysia,” katanya.
    Sementara itu,Thirunavukkarasu berkata,usaha Pakatan Harapan untuk menggugurkan pentadbiran kerajaan yang disyaki menyalahgunakan kuasa adalah objektif yang baik, namun tumpuan mereka lebih terarah untuk menghukum kerajaan sebelum ini oleh kuasa eksekutif baharu sahaja mengatasi proses undang-undang.
    “Kami bimbang proses penggabungan kuasa sudah bermula.Meskipun kerajaan baru masih belum dibentuk sepenuhnya,kuasa eksekutif baharu mengambil tindakan dengan sendiri.
    “Kami khuatir tindakan tersebut seolah-olah memudahkan penyingkiran musuh- musuh politiknya.Kami bimbang institusi terjejas akibat perlantikan politik yang ditakuti boleh mendorong kepada situasi tidak terkawal,”katanya.

  3. Dan swing dari UMNO ke Bersatu+Amanah+Warisan, adalah 3 kali besar dari swing tambahan kerusi PKR…satu bukti power of Tun M….manakala swing undi kaum cina kesemuanya ke DAP…interesting exactly as predicted…hehee

  4. Mcmana nak lengkapkan jemaah kabinet dgn teratur klu menang beruk (terkejut) kalam kabutlah dibuatnya.. mcm x percayalah tu boleh tawan putrajaya, masing² duk hayal masuk pejabat menteri, 100calon menteri tapi menteri cuma ada 15je.. terpaksa buatlah banyak menteri, mcm menteri khas secutiry ka, menteri khas ayam ternak ka, menteri tengah, bawah, atas ka.. asalkan menterilah baru cukup koata..

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.