UMNO masih sah, mula mesyuarat agong hari ini - pakdin.my

UMNO tidak berdepan masalah berkaitan pelanggaran perlembagaannya disebabkan sudah menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang membenarkan parti itu menangguhkan pemilihan jawatankuasa termasuk Majlis Tertingginya sehingga 19 April 2019

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara itu dimaklumkan menerusi surat bertarikh 31 Oktober lalu yang dihantar kepadanya.

Jelas beliau, dalam surat itu, RoS bersetuju memberi lanjutan masa dengan merujuk Fasal 10.16 Perlembagaan Pertubuhan yang membenarkan penangguhan pemilihan peringkat Majlis Tertinggi tidak lebih 18 bulan daripada tarikh sepatutnya pemilihan diadakan iaitu 30 April lalu.

“Saya ingin memaklumkan UMNO tidak berdepan dengan sebarang masalah berkaitan pemilihan seluruh jawatankuasa termasuk Majlis Tertinggi UMNO berdasarkan surat bertarikh 31 Oktober 2017,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Tengku Adnan berkata, Majlis Tertinggi UMNO menetapkan tarikh persidangan tahunan cawangan UMNO dan pergerakan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri parti bermula hari ini sehingga 10 Jun depan.

Tambahnya, mesyuarat parti peringkat bahagian ditetapkan pada 30 Jun.

https://pakdin.my/tag/umno

UTAMAPOLITIKUMNO masih sah, mula mesyuarat agong hari ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium