24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Umno P.Pinang Beri Tempoh Dua Minggu Kepada Lim Jawab Isu Bayan Mutiara

NIBONG TEBAL — Umno Pulau Pinang memberi tempoh dua minggu kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk memberikan jawapan tepat berhubung isu penjualan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata pihaknya akan menimbang tindakan injunksi mahkamah atau langkah lain bagi menghalang pembangunan di tanah itu jika Lim gagal memberi jawapan yang konkrit dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata Ketua Menteri itu hanya perlu memberi jawapan berdasarkan fakta tanpa sebarang putar belit, iaitu sama ada kerajaan negeri telah menjual ataupun tidak tapak masjid dan sekolah tersebut.

“Senang saja (Lim) beritahu kata tapak masjid Bayan Mutiara kekal. Luasnya lima ekar… akan dibina bila. Akan diserahkan kepada MAIPP (Majlis Agama Islam Pulau Pinang), akan dikategorikan sebagai wakaf. Senang saja, tidak payah susah-susah.

“Rakyat cuma nak tahu ada atau tidak… tapak masjid sudah hilang, belum. Kalau ada (tapak masjid) syukur Alhamdulillah. Tapi, kalau tidak ada, Umno Pulau Pinang tidak akan kompromi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya Komuniti 1Malaysia di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri seharusnya menitikberatkan kehendak rakyat dalam melaksanakan sesuatu pembangunan selain mengambil kira keseimbangan kerohanian dan riadah.

“Kita kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat. Kalau mandat oleh rakyat kita kena seimbang semua agama, semua kaum. Kalau ada masjid dulu lima ekar, sekarang ni lima ekar untuk masjid, 97 ekar lagi binalah pembangunan dan perumahan. Tapak sekolah untuk penduduk di situ juga perlu disediakan,” katanya.

Mengulas hasrat Lim untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pemuda Umno negeri Shaik Hussein Mydin berhubung isu itu, beliau berkata langkah itu tidak menggambarkan demokrasi.

Zainal Abidin berkata sebagai pemimpin sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi, Lim seharusnya bersifat terbuka dengan menjawab segala persoalan secara profesional sebagai Ketua Menteri, dan bukan melihat perkara itu sebagai serangan peribadi.

Kontroversi Bayan Mutiara timbul selepas kerajaan negeri bersetuju menjual tanah seluas 41.5 hektar kepada pemaju persendirian, Ivory Properties, dengan harga RM1.07 bilion.

Tanah itu dianggap amat bernilai dan lokasinya adalah strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan