UMNO Pagoh enggan beri laluan kepada Tok Abah Kau pada PRU15 - pakdin.my

Ahli akar umbi UMNO Pagoh membantah keputusan pucuk pimpinan negeri memberi laluan kepada Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua UMNO Pagoh, Ismail Mohamed berkata, ahli bahagian itu sebulat suara meluluskan resolusi dalam mesyuarat tahunan mereka hari ini yang membantah keputusan pucuk pimpinan UMNO Johor.

Katanya, pemimpin negeri membuat keputusan sekitar November lalu untuk bertanding di 25 kerusi Parlimen dengan parti komponen Barisan Nasional dan tidak akan bertanding di Pagoh.

Muhyiddin memenangi kerusi itu sejak 1978, apabila beliau bersama UMNO ketika itu. Beliau ialah ahli pengasas PPBM yang ditubuhkan selepas beliau disingkirkan parti itu pada 2016.

“Saya berharap mereka (Majlis Kerja Tertinggi) akan dengar suara kami (ahli akar UMNO) dan beri kebenaran untuk UMNO Pagoh bertanding kerusi Parlimen itu dan dua kerusi DUN (Bukit Kepong, Bukit Pasir). Kita hormat keputusan negeri, tetapi kita harap mereka boleh menghormati pendirian kami juga,” kata Ismail seperti dilaporkan oleh FMT.

Pada pilihan raya umum 2018, Muhyiddin ditentang Ismail dan calon PAS, Ahmad Nawfal Mahfodz, di mana Ismail meraih 16,631 undi danMuhyiddin menang selepas mendapat 23,558 undi.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO Johor, Dr Adham Baba hari ini dilaporkan berkata, pucuk pimpinan negeri bersetuju memberi laluan kepada Muhyiddin untuk bertanding semula di Pagoh pada PRU15.

“Pengalaman dan kecekapan beliau dalam mengendalikan negara kita, terutama wabak COVID-19 dan usaha kerja Perdana Menteri wajar diiktiraf,” kata Adham selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tenggara.

Adham ialah menteri kesihatan dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin.

November lalu, veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan berkata, parti itu akan bertanding di Pagoh dan Langkawi, kerusi Parlimen yang dimenangi bekas pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad.

Tengku Razaleigh berkata, UMNO akan bertanding di semua kerusi tradisinya, termasuk yang kini disandang wakil rakyat melompat ke parti lain.

Katanya, UMNO dan PPBM tidak boleh elak bertembung di kerusi majoriti Melayu, jika mereka terus bekerjasama.

UMNO ialah parti komponen Barisan Nasional, yang menguasai lapan daripada 26 kerusi Parlimen di Johor.

Pakatan Harapan mempunyai 11 kerusi, PPBM memiliki empat kerusi (termasuk yang dipegang Muhyiddin), manakala tiga lagi kerusi dimenangi Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar), Maszlee Malik (Simpang Rengam) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading) yang merupakan ahli Parlimen bebas

UTAMAPOLITIKUMNO Pagoh enggan beri laluan kepada Tok Abah Kau pada PRU15

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium