28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, January 15, 2021

Umno-PAS Giat Bermesyuarat Membincang PRU15

Muafakat Nasional – iaitu kerjasama antara Umno dan PAS – ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke-15 dan kedudukan mereka dalam Perikatan Nasional (PN).

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Muafakat Nasional diadakan di PWTC di Kuala Lumpur, semalam yang turut dihadiri timbalan presiden kedua-dua parti, iaitu Mohamad Hasan dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Mesyuarat Muafakat Nasional yang rancak ketika ini membincangkan soal persiapan PRU15. Ramai maklum PRU akan diadakan sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan,” kata seorang sumber Umno kepada Malaysiakini.

BACA JUGA:

Katanya lagi, antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan bagaimana untuk menjaga kepentingan Muafakat Nasional jika PN didaftarkan secara rasmi nanti.

Difahamkan satu mesyuarat tertutup diadakan melibatkan pemimpin utama Muafakat Nasional di pejabat sekretariat gabungan itu di ibu negara.

Ia dihadiri pemimpin utama kedua-dua parti dan diadakan secara tertutup tanpa diketahui pihak media.

Ia kemudian disusuli dengan taklimat tertutup membabitkan pengerusi Umno negeri dan pesuruhjaya PAS negeri pada 5 Jul bagi membentuk jawatankuasa Muafakat Nasional peringkat negeri, di PWTC Kuala Lumpur.

Sesi berkenaan dihadiri Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dan Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah, dan difahamkan bagi menyelaras pergerakan Muafakat Nasional di peringkat negeri dan Parlimen.

Sementara itu, sumber memaklumkan isu agihan kerusi juga turut disentuh dalam siri-siri perbincangan yang berlangsung memandangkan gabungan itu kini bersama PN.

Katanya, sebelum ini Umno dan PAS telah mempunyai mekanisme agihan kerusi yang secara asasnya telah dipersetujui bersama, antaranya berkenaan kerusi yang dipegang bekas anggota Parlimen Umno yang menyertai Bersatu sebelum ini.

“Isu agihan kerusi sememangnya menjadi isu utama yang perlu diperhalusi secara mendalam memandangkan Muafakat Nasional kini sebahagian daripada PN,” katanya.

Beliau memaklumkan ketetapan sebelum ini adalah untuk setiap parti kekal bertanding di kerusi yang dimenangi, manakala kerusi yang kalah akan diberi kepada parti yang lebih kuat di kawasan tersebut.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.