26.9 C
Kuala Lumpur
Monday, January 25, 2021

Umno Perlu Tawan Kembali Selangor

UMNO Selangor perlu bekerja keras dan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi bagi mengembalikan Selangor ke pangkuan Barisan Nasional (BN) dengan menjadikan usaha UMNO Terengganu menumbangkan kerajaan PAS pada pilihan raya umum tahun 2004 sebagai pedoman.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata jentera BN terutama sayap wanitanya perlu memastikan jumlah pengundi BN meningkat bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 kerana dalam politik jumlah pengundi akan menentukan kemenangan.

“Selain itu, Ketua Bahagian janganlah bermusuh dengan ketua-ketua cawangan kerana kerana pemimpin-pemimpin di peringkat ini merupakan penyokong utama kepada parti dan ketua-ketua bahagian,” katanya semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang di sini, Sabtu.

Beliau berkata persefahaman dengan rakan-rakan parti komponen seperti MCA, MIC, dan Gerakan juga perlu ditingkatkan bagi mencerahkan peluang merampas kembali Selangor.

Berdasarkan pengalaman Terengganu yang pernah diperintah oleh PAS selama sepenggal, beliau berkata mengurus UMNO yang merupakan parti yang kalah pada ketika itu adalah sukar berbanding dengan semasa UMNO menjadi parti pemerintah.

Ahmad berkata tindakan PAS terhadap anggota dan pemimpin UMNO telah membakar semangat mereka untuk bangkit menewaskan PAS dan UMNO Terengganu bekerja keras mengenal pasti penyokong mereka dan penyokong PAS serta meningkatkan usaha mengambil hati pengundi atas pagar bagi memastikan BN kembali memerintah, katanya.

Katanya apa yang penting anggota Umno perlu berusaha memastikan orang Melayu memahami ajaran Islam kerana PAS hanya relevan selagi orang Islam Melayu tidak faham tentang Islam.

 

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.