UMNO, PPBM, PAS sudah berunding - pakdin.my

Pemimpin UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS sudah memulakan rundingan mencari penyelesaian, berhubung kerjasama tiga parti itu.

Setiausaha Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata Muafakat Nasional (MN) akan mengadakan mesyuarat Isnin ini.

“Saya gembira mendapat tahu wakil UMNO dan PPBM sudah pun memulakan rundingan. Begitu juga dengan PAS.

“Insya-Allah Isnin ini MN bermesyuarat. Semuanya dalam suasana “anak beranak.” Kita doakan segalanya dipermudahkan Allah SWT,” katanya dalam ciapan di Twitter beliau hari ini.

Selasa lalu, UMNO meletakkan syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, di Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan, melalui kenyataan medianya berkata, parti itu membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN.

BACA juga:
Najib di belakang sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ Anwar?
https://pakdin.my/serabai/najib-di-belakang-sokongan-kukuh-dan-meyakinkan-anwar/

UTAMAPOLITIKUMNO, PPBM, PAS sudah berunding

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium