Friday - July 30, 2021 @ 16:09
BERITANASIONALUmno Sedia Dedahkan Kenyataan Berbentuk 'Fatwa' Pemimpin Pas

Umno Sedia Dedahkan Kenyataan Berbentuk ‘Fatwa’ Pemimpin Pas

Umno bersedia mendedahkan kenyataan berbentuk ‘fatwa’ yang pernah dikeluarkan pemimpin PAS dalam usaha mereka meraih sokongan rakyat, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata semenjak ‘Amanat Haji Hadi’ dikeluarkan pada 1981, pihaknya ada merekodkan kenyataan pemimpin PAS sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis.

“Rekod ini kita kena tengok semula sebelum kita hebahkan kepada orang ramai, kita akan semak siapa yang benar dan siapa yang tidak benar tentang perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sukarelawan Jiwa Malaysia di Universiti Teknologi Mara di sini Sabtu.

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menafikan pernah menjanjikan syurga kepada pengundi yang memilih PAS pada pilihan raya.

Akhbar hari ini melaporkan Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau hanya menyebut orang yang mengundi parti itu, khususnya pada Pilihan Raya Umum 1990, mendapat pahala.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here