25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

Umno Selangor Nafi Paksa Cawangan Tandatangan Deklarasi Sokong PM

nadzeri-dahlan-sidang-dun

Badan Perhubungan UMNO Selangor menegaskan parti itu tidak pernah memaksa mana-mana cawangan di negeri ini menandatangani sebarang bentuk deklarasi termasuk deklarasi menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Timbalan Pengerusinya Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata ini kerana parti itu mengamalkan sistem demokrasi terbuka dan akan memastikan amalan itu terus subur dalam UMNO.

“UMNO Selangor tidak pernah memaksa mana-mana cawangan membuat apa-apa deklarasi mengenai sokongan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri istiadat pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Selangor yang Ke-13 oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Mat Nadzari yang juga Penyelaras Barisan Nasional (BN) Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal Malaysiakini hari ini yang memetik Ketua UMNO Cawangan Teratai Hashim Abdul Karim sebagai mendakwa kepimpinan UMNO akar umbi di Selangor kini diarahkan menandatangani deklarasi menyokong kepimpinan Najib.

Hashim didakwa menyatakan perkara itu ketika berucap dalam program santai dan penerangan isu-isu semasa bersama-sama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Bukit Lanchong, Laman Bistari di sini, malam tadi.

Mengenai perkembangan lain, Mat Nadzari yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali berkata pihaknya akan mengetengahkan beberapa isu penting dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang bermula esok.

Ia termasuklah keperluan memantapkan peranan Selangor State Investment Centre (SSIC Berhad) selaku agensi pemudah cara dalam urusan berkaitan pelaburan negeri untuk memacu pelaburan.

Beliau berkata SSIC perlu mengambil pendekatan proaktif menarik pelaburan ke negeri Selangor dan tidak semata-mata bergantung kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Sementara itu, ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi daripada BN, berkata pihaknya menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor yang mahu kerajaan negeri membuat pindaan sewajarnya terhadap Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) 1962 bagi menangani perbuatan dan pemakaian darjah kebesaran tanpa pengiktirafan baginda.

Beliau berkata tuntutan pindaan ke atas enakmen itu adalah tepat pada masanya ketika adanya segelintir individu yang sanggup menjadi pihak ketiga untuk mendapatkan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf baginda.

“Enakmen ini sangat baik untuk dikemas kini kerana ia dapat melindungi kepentingan Tuanku selaku Sultan,” katanya.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...