27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 20, 2021

UMNO Selangor saman S/U Agung Pas RM10 juta

SHAH ALAM 14 Sept. – UMNO Selangor hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, akhbar Harakah dan empat lagi yang didakwa memfitnah parti itu melalui satu artikel bertajuk ‘Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS’.

Saman itu difailkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang bertindak sebagai plaintif di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut writ saman, plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta serta lain-lain perintah mahkamah berhubung penyiaran artikel itu dalam Harakah edisi 19-21 Ogos lalu

 

Berita terdahulu:

Umno Selangor Bakal Saman Fitnah Mustafa Ali RM10 Juta

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.