Umno tak akan beri peluang pada PAS, PPBM bertanding di Terengganu, kata Ahmad Said - pakdin.my

Umno Terengganu tidak akan memberi peluang kepada PAS dan PPBM yang mahu bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu disuarakan ketuanya, Ahmad Said yang memutuskan tidak akan berlaku sebarang kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) bersama PAS di negeri itu termasuk tidak menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad berkata, kerusi PPBM di Parlimen Hulu Terengganu juga milik Umno berikutan penyandangnya, Rosol Wahid melompat parti dengan menyertai PPBM.

Bekas menteri besar Terengganu itu berkata demikian kepada Sinar Harian dan mendakwa tiada sebarang usaha juga dalam gabungan MN di negeri itu.

“Apa yang PAS buat untuk bersama kita (MN)? Pemberian peruntukan, JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) pun tidak adil. MN tak berlaku di Terengganu,” katanya.

UTAMAPOLITIKUmno tak akan beri peluang pada PAS, PPBM bertanding di Terengganu, kata...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium