30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Umno Tak Pernah Sekat Mana-mana Pemimpinnya Bersuara

Perhimpunan Agong UMNO

Umno tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana Umno mengamalkan prinsip demokrasi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata setiap hari beliau membaca dalam akhbar banyak pendapat daripada pemimpin-pemimpin Umno yang mengulas mengenai pelbagai isu yang membuktikan tiada sekatan daripada parti.

“Tiada satu pun pekeliling yang dikeluarkan kepada mana-mana pemimpin Umno baik di peringkat negeri, bahagian atau individu mengatakan mulut mereka terkunci dan tertutup sepanjang masa. Kadang-kadang mereka bercakap lebih daripada yang sepatutnya pun,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog terbuka dengan 50 graduan yang terpilih untuk menyertai program “Teach For Malaysia” di sini Selasa.

Muhyiddin mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini yang mendakwa kononnya dalam Umno sudah tiada peluang untuk bersuara, dan jika mahu bercakap pada perhimpunan agung pun, individu itu perlu mendapatkan kelulusan pihak atasan.

Pada 22 Julai lepas, Tengku Razaleigh melancarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) dengan beliau sebagai presidennya, sebagai “platform untuk menyuarakan pendapat secara lebih meluas”.

Muhyiddin berkata berkata Umno juga tidak menyekat mana-mana anggotanya untuk menyertai NGO kerana itu adalah hak masing-masing.

“Kita tidak sekat kalau mereka hendak menyertai mana-mana NGO, begitu juga dengan individu di parti lain yang ada juga menyertai badan dan persatuan, kerana itu minat mereka untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara yang mereka ingin fokuskan,” katanya.

Menurut Muhyiddin, di dalam Umno ada sistem di peringkat bahagian dan negeri sebagai satu forum untuk ahli dan pemimpin menyampaikan apa sahaja yang berkaitan dengan parti.

“Saya tidak tahu apa yang Tengku Razaleigh hendak cakap yang kita tak bagi cakap. Apabila beliau buat majlis bertemu dengan media, dia bercakap juga. Mungkin kalau beliau ada sesuatu yang berbeza sikit dari parti, bolehlah beliau kemukakan.

“Jika beliau ada cadangan tertentu hendak disampaikan, rasanya tidak perlu tunggu sehingga Perhimpunan Agung Umno kerana mereka boleh sampaikan pendapat pada bila-bila masa sahaja,” kata Muhyiddin.

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...