Umno tetap saman 30 wakil rakyat keluar parti, kata Annuar Musa - pakdin.my

Umno tetap akan menyaman 30 bekas wakil rakyatnya yang keluar parti selepas pilihan raya umum 9 Mei, kata setiausaha agung Tan Sri Annuar Musa.

Beliau menolak laporan media bahawa Umno enggan meneruskan tindakan undang-undang itu sebaliknya akan menulis surat kepada firma guaman untuk memfailkan permohonan.

“Tindakan ini dipersetujui kepimpinan atasan parti, bendahari dan peguam yang menguruskan kes tersebut,” kata wakil rakyat Ketereh di lobi Parlimen hari ini.

“Firma besar yang lain telahpun dilantik dan esok saya akan menulis surat kepada mereka dan memberikan senarai penuh ahli parlimen dan wakil rakyat yang keluar parti.”

UTAMAPOLITIKUmno tetap saman 30 wakil rakyat keluar parti, kata Annuar Musa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium