UMNO tiada masa depan, elok dibubarkan – Mohd Amar - pakdin.my

Mulia sungguh hati ustaz-ustaz pemimpin PAS. Mereka jelas ada pakatan bersama Mahathir untuk memastikan UMNO diharamkan.

Pengharaman UMNO akan menguntungkan mereka yang akan mengutip ahli UMNO dan kononnya mampu menjadi parti itu sebagai parti melayu terbesar.

PAS itu parti politik yang sentiasa mengharapkan keuntungan politik, bukannya pertubuhan Islam.

………….

PAS berpendapat UMNO sudah tidak mempunyai masa depan dalam politik negara ini dan mencadangkan parti itu dibubarkan segera

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, ini bukan kenyataan baharu PAS kerana sebelum ini beliau telah menyuarakan pendapatnya mengenai isu sama.

“Ini bukanlah cadangan baharu. Saya telah mengulangi isu ini banyak kali dalam ceramah saya selepas pelbagai kemelut dalaman melanda parti UMNO.

“Secara logiknya apa lagi yang UMNO mampu tawarkan kepada rakyat. Parti itu sudah diberikan peluang selama 60 tahun.

“Jadi dari segi politik, masa depan UMNO sudah tiada dan sebab itu saya cadangkan ia dibubarkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Letak Kerja dan Pelancaran Logo Pusat Belia Kelantan di Medan Usahawan Kota Bharu di sini, hari ini.

Mohd Amar mengulas pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menerusi satu temuramah ‘An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang’ di Dublin, Ireland baru-baru ini, yang menyifatkan UMNO sebagai bahtera yang telah bocor dan PAS tidak mungkin bergabung dengan parti itu.

Abdul Hadi dilaporkan berkata gabungan dengan parti sedemikian hanya akan menambahkan kesulitan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata beliau mempunyai keyakinan yang optimis terhadap masa hadapan perjuangan PAS termasuk di Kelantan.

“Hari ini seluruh rakyat sudah melihat kelemahan parti UMNO. Pada masa yang sama, rakyat diberi peluang menilai segala janji Pakatan Harapan (PH) yang belum ditunaikan selain masalah dan kemelut dalaman gabungan parti dalam PH,” katanya.

UTAMAPOLITIKUMNO tiada masa depan, elok dibubarkan - Mohd Amar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium